“Seawal pagi saya menerima kiriman WhatsApp mengenai poster (banner) yang telah banyak ditampal di kawasan Sepanggar menggunakan nama serta logo Pemuda UMNO Sepanggar tanpa kebenaran.
Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar menegaskan bahawa poster dan banner yang menggunakan nama serta logo Pemuda UMNO Sepanggar adalah palsu dan dibuat tanpa sebarang kebenaran.
Saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk mencetak atau memasang bahan kempen tersebut. Jelas menunjukkan ada pihak yang kehabisan idea dan usaha sehingga terpaksa menumpang nama Pemuda UMNO untuk kekal relevan.
Pemuda UMNO Sepanggar akan menjaga maruah parti, dan jika taktik sebegini terus digunakan, mungkin kita juga boleh “bantu” mereka dengan beri sedikit kreativiti agar tidak terus bergantung kepada nama kami untuk berkempen.”
Joearfan
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar
Isu calon PAS DUN Karambunai yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan membaca khutbah Jumaat tanpa teks dan melanggari syarat tauliah MUIS adalah benar.
Bukan sahaja beliau adalah ahli politik tetapi beliau juga adalah Pemimpin PAS nombor satu Sabah. Maka dengan sendiri beliau telah menyalahi peraturan MUIS walaupun beliau adalah lembaga MUIS.
Malaysia Hot bersetuju dengan Joearfan tetapi berharap Pemuda UMNO Sabah terus memantau calon yang menggunakan masjid dan surau sebagai tempat mengempen.
Baca di SINI, SINI, SINI
Malaysia Hot bersetuju dengan Joearfan tetapi berharap Pemuda UMNO Sabah terus memantau calon yang menggunakan masjid dan surau sebagai tempat mengempen.
Baca di SINI, SINI, SINI



Comments
Post a Comment