Melabelkan “Anjing” Kepada Netizen: Anak Aliakbar Gulasan Tidak Akan Tarik Balik


Gelagat anak kepada bakal calon PAS di DUN Karambunai, Zulfikaar Azizi, kembali mencuri perhatian apabila beliau dengan angkuh menolak untuk menarik balik kenyataannya yang melabelkan netizen sebagai “anjing” dalam ruangan komen TikTok Malaysia Hot.

Tindakan itu mencerminkan sikap yang tidak hanya biadab tetapi juga menyerlahkan bagaimana politik kepartian dan budaya ‘walaunisme’ telah merosakkan nilai akhlak sebahagian generasi muda penyokong PAS.

Zulfikaar merupakan bekas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), institusi yang terkenal melahirkan pelajar berdisiplin dan berakhlak Islamiah. Namun, perangainya di media sosial tidak langsung menggambarkan keperibadian seorang penuntut ilmu agama.

Di mana adab dan maruah seorang Muslim bila sanggup memanggil saudara seagama sebagai “anjing”? Ayat dan hadis mana yang dijadikan sandaran untuk memuliakan cercaan sedemikian? Atau barangkali inilah wajah sebenar budaya politik PAS yang menggunakan agama di mimbar tetapi menghina manusia di media sosial.

‘Isu anjing’ ini bermula apabila Zulfikaar mempertahankan bapanya, Aliakbar Gulasan yang dikritik selepas membaca khutbah Jumaat tanpa teks rasmi dan menimbulkan persoalan tentang tauliah dan keabsahan beliau untuk berkhutbah di masjid-masjid Sabah. Baca di SINI.

Soalan yang diajukan oleh netizen sebenarnya sah dan berasas adakah Aliakbar mempunyai kebenaran rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyampaikan khutbah dan ceramah agama?

Namun, apa yang dikesalkan bukannya menjawab dengan hujah, anaknya memilih untuk memaki hamun dan memperlihatkan ketidakmatangan dan kegagalan moral yang serius.

Tindakan Zulfikaar ini sekali gus memberi gambaran buruk terhadap PAS Sabah, yang sedang berusaha menonjolkan imej “bersih dan beragama”. Apabila anak calon pun tidak mampu menjaga lidah dan akhlak, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa parti ini membawa mesej Islam yang sebenar?

Lebih membimbangkan, sikap keras kepala Zulfikaar yang enggan menarik balik kenyataan menghina itu menampakkan keangkuhan budaya politik PAS yang terkenal dengan sentiasa betul, tidak boleh ditegur dan merasa diri lebih suci daripada orang lain.

Dalam Islam, Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk menahan marah, menjaga tutur kata dan beradab walaupun ketika berbeza pendapat. Tetapi, apabila agama dijadikan perisai politik, nilai ini lenyap diganti dengan fanatik dan celaan.

Kes ini wajar dijadikan cerminan bahawa PAS Sabah semakin hanyut dalam retorik keagamaan yang kosong sedangkan akhlak sebenar Islam semakin hilang di kalangan pengikutnya sendiri.

Jika anak pun sudah hilang adab, bagaimana pula akhlak si bapanya yang bakal berdiri di mimbar menyeru tentang moral dan dakwah?

Malaysia Hot cuba mendapatkan penjelasan dari Aliakbar sendiri berhubung isu ‘anjing’ ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.