Tangkapan Khalwat KSU Kementerian Komunikasi: Satu Perangkap Terancang Untuk Malukan Fahmi Fadzil dan PH
Kecoh di media sosial apabila tersebar berita kononnya seorang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa agama dua hari lepas.
Namun di sebalik cerita sensasi itu, muncul persoalan besar adakah ia benar-benar kebetulan atau sebenarnya satu perancangan halus untuk menjatuhkan imej kerajaan Madani dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil?
Sumber dalaman mendedahkan bahawa serbuan itu berlaku dengan “ketepatan masa” yang terlalu sempurna untuk dianggap spontan.
Sebelum pihak polis sempat tiba di lokasi, pegawai-pegawai jabatan agama sudah pun menunggu di depan pintu seolah-olah mendapat isyarat awal tentang pergerakan KSU tersebut.
Lebih pelik, rakaman dan gambar kejadian tersebar sejurus selepas itu ke saluran tertentu yang diketahui dikuasai penyokong Warisan.
Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi dan jurucakap utama bagi Pakatan Harapan (PH), kini menjadi sasaran serangan bertali arus.
Penyokong Warisan yang semakin terdesak
mencari momentum selepas kehilangan banyak pengaruh di Sabah dilihat cuba
memanipulasi isu ini untuk membina persepsi bahawa Kerajaan Madani melalui Kementerian Komunikasi gagal
menjaga moral dan integriti pegawai tertingginya.
Namun, yang lebih ketara ialah percubaan
menjadikan Fahmi sebagai simbol kegagalan kerajaan.
Beberapa analisis politik menyebut bahawa penyokong tegar Warisan dipercayai memainkan peranan utama dalam menyusun perangkap ini.
Mereka didakwa mengatur pertemuan, memantau pergerakan KSU berkenaan dan kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa agama dengan tujuan mencipta kejutan besar yang boleh menggoncang reputasi Kementerian Komunikasi dan parti Pakatan Harapan.
Langkah itu juga dilihat sebagai strategi “reverse psywar” iaitu dengan menimbulkan imej negatif terhadap kementerian yang selama ini mengawal naratif digital negara. Sekali gus, ia diharap mampu mengalihkan tumpuan rakyat daripada kelemahan dan perpecahan dalaman Warisan sendiri.
Jelas bahawa serangan ini bukan bersifat peribadi semata-mata tetapi satu operasi persepsi terancang.


Comments
Post a Comment