Isu pemberian tauliah khutbah Jumaat kepada Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, telah menimbulkan persoalan besar terhadap keabsahan dan integriti sistem kelulusan tauliah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Adakah jabatan agama kini sudah dikuasai pengaruh politik
sehingga membenarkan individu yang aktif berpolitik menguasai mimbar masjid?
Persoalannya, apakah
kelayakan sebenar yang digunapakai oleh JHEAINS dalam menilai permohonan
tauliah ini?
Syarat Tauliah JHEAINS bukan sekadar formaliti:
Berdasarkan garis panduan rasmi JHEAINS, seseorang penceramah
atau khatib wajib:
- Memiliki
kelulusan akademik atau latihan formal dalam bidang agama Islam;
- Tidak
terlibat secara aktif dalam politik kepartian;
- Mendukung
dan tidak mempertikaikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dasar kerajaan
negeri;
- Menjaga
adab serta mengelak daripada menyampaikan unsur politik atau fitnah di
masjid dan surau.
Namun, dalam kes Aliakbar Gulasan, beliau adalah seorang pemimpin
utama PAS Sabah dan masih aktif dalam
kegiatan politik termasuk berkempen bagi pilihanraya negeri Sabah. Bagaimana mungkin syarat “tidak aktif politik” itu boleh
diketepikan begitu sahaja?
Jika garis panduan ini sahih dan masih berkuat kuasa,
tindakan JHEAINS memberikan tauliah kepada beliau adalah bertentangan dengan
peraturan mereka sendiri.
Pihak JHEAINS tidak boleh berdiam diri. Rakyat dan jemaah
berhak tahu:
- Apakah
asas pertimbangan pemberian tauliah kepada Aliakbar Gulasan?
- Adakah
prosedur saringan dan temuduga dijalankan seperti yang diwajibkan dalam
manual tauliah?
- Siapa
panel kelulusan yang meluluskan permohonan individu politik ini?
Jika benar JHEAINS menutup mata terhadap larangan aktif
politik, maka ini bukan lagi soal agama tetapi ini sudah menjadi soal
penyalahgunaan kuasa dalam institusi agama negeri.
Mimbar Jumaat adalah platform suci untuk menyampaikan
nasihat agama, bukan medan politik. Bila seorang pemimpin parti yang masih
aktif dibenarkan menguasai mimbar maka risiko untuk menyelitkan mesej politik
halus dan propaganda kepartian amat tinggi dan lebih parah, ia mencemarkan
neutraliti masjid sebagai institusi penyatu umat.
Apakah selepas ini, imam dan khatib juga akan dilantik
mengikut parti politik?

Comments
Post a Comment