Dakwaan Pegawai ADUN Terengganu Minta Habuan Seks: Janda Dan Isteri Orang Jadi Mangsa?


Baru-baru ini kecoh tentang kisah Pegawai Khas kepada seorang ADUN Terengganu dengan janda, kini ada cerita terbaharu dan khabarnya dengan isteri orang pula? 

Satu dakwaan serius kini tular di Terengganu dan menjadi perbualan hangat masyarakat setempat. 

Kini cerita Pegawai Khas ADUN menggunakan cara yang sama tetapi kali ini dengan wanita berstatus isteri orang?

Menurut khabar angin, isteri kepada salah seorang rakan tampil menceritakan pengalaman peribadinya. Kata wanita tersebut, beliau pernah meminta bantuan Pegawai kepada ADUN itu berkaitan satu urusan, memandangkan Pegawai Khas ADUN berkenaan merupakan kenalan keluarga. Permintaan itu dipersetujui, namun kaedah “bantuan” yang dicadangkan menimbulkan rasa tidak selesa kerana pertemuan diminta dibuat secara tertutup di dalam kereta, selepas waktu bekerja.

Wanita itu menyebut Pegawai Khas ADUN kepada ADUN tersebut datang ke tempat kerjanya dan mengajak beliau masuk ke dalam kenderaan kononnya untuk menyelesaikan urusan bantuan. 

Apa yang berlaku seterusnya tidak diperincikan secara terbuka, namun kejadian itu akhirnya diketahui oleh suami wanita berkenaan. Berang dengan situasi tersebut, suami terbabit bertindak pergi ke rumah Pegawai Khas ADUN itu di Kampung Duyong untuk mendapatkan penjelasan.

Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila Pegawai Khas ADUN menghubungi pihak polis di Gong Badak dan mendakwa dirinya diancam. Polis kemudian mengesan dan memanggil suami berkenaan ke Balai Polis Gong Badak di mana beliau tampil memberikan keterangan. Menurut cerita yang beredar, pihak polis terkejut apabila mendapati terdapat percanggahan ketara antara versi Pegawai Khas ADUN dan keterangan pasangan suami isteri tersebut.

Bagi meredakan keadaan, polis mencadangkan penyelesaian ‘di luar balai’. Suami terbabit bersetuju dengan syarat beliau dibenarkan bersemuka dengan isteri Pegawai Khas ADUN. Permintaan itu dipersetujui dengan kehadiran pihak polis sebagai pemerhati.

Rombongan kemudian pergi ke rumah Pegawai Khas ADUN dan bertemu isterinya. Segala dakwaan diceritakan secara terbuka. Namun, reaksi isteri Pegawai Khas ADUN mengejutkan semua yang hadir apabila beliau dilaporkan tidak menunjukkan emosi, malah mengeluarkan pertanyaan yang memberi gambaran seolah-olah isu seumpama ini bukan kali pertama berlaku. “kali ni buat kes apa pulak?”.

Pertemuan itu berakhir tanpa sebarang tindakan susulan rasmi, namun meninggalkan tanda tanya besar dan prasangka yang mendalam dalam kalangan mereka yang terlibat. 

Persoalan kini berlegar dalam masyarakat, adakah ini sekadar fitnah atau wujud salah guna kuasa yang perlu disiasat secara telus?

Dalam era kebertanggungjawaban awam, dakwaan seumpama ini tidak boleh dibiarkan berlegar tanpa penjelasan. Pihak berwajib dituntut tampil menyiasat secara profesional demi menjaga integriti institusi dan kepercayaan rakyat.

Terengganu negeri tiada pembangkang dan tidak semestinya suci.

VIDEO kisah Pegawai Khas dengan janda di SINI

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.