Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Kuala Penyu, Jepinus Kamuin, tampil mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, daripada dakwaan bakal meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
“Gagasan Rakyat Kuala Penyu akan terus memantau isu ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan politik Sabah kekal bersih, matang dan berteraskan fakta, bukan fitnah,” katanya.
Namun, kenyataan Jepinus itu memperlihatkan satu perkara yang lebih memalukan, seorang Ketua Penerangan yang gagal memahami maksud sebenar laporan MalaysiaHot. Perkataan “desas-desus” bukanlah satu tuduhan, tetapi gambaran terhadap situasi politik yang sedang bergolak di lapangan.
Jika istilah mudah seperti itu pun gagal difahami, bagaimana pula Jepinus mahu menjawab persoalan-persoalan rakyat yang jauh lebih serius termasuk dakwaan skandal projek mega yang membabitkan Limus Jury sendiri?
Sekiranya Jepinus benar-benar mahu memastikan politik Sabah “bersih daripada rasuah” seperti yang dilaungkan, maka langkah pertama bukanlah menafikan laporan media, tetapi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat segala tuduhan yang timbul terhadap Limus Jury.
Menafikan desas-desus tanpa membersihkan nama hanya mengukuhkan persepsi bahawa GRS kini lebih sibuk mempertahankan individu daripada membersihkan sistem.
Malaysiahot tidak pernah menyatakan bahawa Linus Jury telah meninggalkan GRS. Baca di SINI, SINI, SINI
Nota: Poster yang dikeluarkan oleh portal tersebut bukan dari MalaysiaHot

Comments
Post a Comment