Limus Jury Sertai Pakatan Harapan Demi Selamatkan Projek Syarikatnya?

poster sedang viral

Gelombang politik Sabah kembali berombak. Nama Datuk Limus Jury, ADUN Kuala Penyu yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, kini kembali panas selepas desas-desus kuat menyebut beliau bakal meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyertai Pakatan Harapan (PH) kononnya demi “menyelamatkan diri” daripada terpalit dengan siasatan skandal mega rasuah projek lombong mineral.

Namun di sebalik langkah politik terbarunya itu, terbongkar pula jejak panjang kepentingan projek bernilai ratusan juta ringgit yang berlegar di sekeliling nama Limus.




Projek Bernilai Lebih Setengah Bilion Di Tangan Syarikat Milik Limus

Sumber dalaman mendedahkan bahawa syarikat milik Limus, Perwira Progresif Construction Sdn Bhd, merupakan penerima projek-projek besar kerajaan negeri dengan nilai keseluruhan mencecah RM657.5 juta.

Antaranya termasuk:

  • Projek Menaik Taraf Jalan Terawas–Malinsau–Kaingaran (39.515km)
  • Projek Membina Jalan ke Mini Estet Sejahtera (Mesej) Mansalu Ranau, Fasa II (70.540km)

Kedua-dua projek itu dibentangkan dalam sesi taklimat rasmi pada 10 Mac lalu, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Kundasang, James Joachim.

Namun yang menjadi persoalan besar, mengapa hanya Perwira Progresif Construction sahaja yang hadir dan disebut sebagai kontraktor tunggal?

Adakah ini satu kebetulan atau permainan terancang yang sudah dirancang kemas dari awal?

Limus, Kontraktor Politik, Bukan Wakil Rakyat?

Sejak 2013, ketika mula menjadi ADUN Kuala Penyu, nama Limus sudah sinonim dengan projek mega. Antara projek yang pernah diperoleh syarikat beliau termasuk:

  • Pembaikan Cerun Ranau–Tambunan Fasa 2B (RM179.5 juta)
  • Membina Jalan Kota Marudu–Marak Parak–Melinsau–Poring Pakej 3A (Sub Pakej 2,3 & 4) (RM117 juta)
  • Pelaksanaan Projek Pan Borneo Sabah - WP07 (Inanam ke Sepanggar) (RM385 juta)

Jumlah keseluruhan projek besar yang dikaitkan dengan Limus mencecah hampir RM700 juta, satu angka luar biasa bagi seorang wakil rakyat yang kini memegang jawatan dalam kementerian yang mengawal selia projek jalan dan infrastruktur negeri.

Apakah ini bukan konflik kepentingan (conflict of interest) yang nyata dan terang benderang?

Tidak ramai lupa bagaimana Limus bersama James Ratib menjadi watak penting menggulingkan kerajaan Warisan Plus pada 2020, berpaling tadah dari UPKO dan membuka jalan kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Ketika itu, ramai menyebut langkahnya bukan kerana prinsip, tetapi kerana mahu mempertahankan kepentingan projek-projek mega seperti Pan Borneo yang sudah pun diberikan kepada syarikatnya dan langkah berkepentingan tersebut berlaku lagi sekarang?

Kini, apabila suhu politik Sabah kembali panas menjelang PRN ke-17, khabar angin mengatakan Limus mula “berjinak” dengan Pakatan Harapan, kononnya bagi mencari perlindungan politik terutama apabila siasatan skandal pemerolehan projek-projek negeri semakin hampir ke pintu pejabatnya.

SPRM Wajar Bertindak, Sabah Tidak Boleh Jadi Lombong Emas Untuk Kroni

Rakyat Sabah sudah muak dengan politik “jual prinsip demi projek.”
Apabila seorang pembantu menteri yang mengawal jabatan berkaitan projek jalan turut memiliki syarikat yang mendapat projek ratusan juta, ia bukan lagi soal politik ini soal integriti dan penyelewengan amanah.

Sudah sampai masanya SPRM membuka kertas siasatan khas terhadap keseluruhan rangkaian projek yang dikaitkan dengan Limus Jury dan Perwira Progresif Construction.
Rakyat berhak tahu adakah tender diberikan secara terbuka, atau hanya sebagai “anugerah politik” kepada kroni dalam kerajaan?

Jika benar Limus mahu meninggalkan GRS untuk menyertai Pakatan Harapan, langkah itu bukan kerana semangat reformasi, tetapi semata-mata untuk menyelamatkan diri sebelum tenggelam bersama kapal GRS yang sarat dengan skandal rasuah.

Sabah tidak boleh terus dikhianati oleh ahli politik yang menukar baju sesuka hati, demi menyelamatkan kantung dan kontrak.

Rakyat sudah celik. Dan kali ini, nama Limus Jury tidak akan mudah terlepas daripada rekod panjang skandal projek-projek mega yang membusuk di bawah tanah Sabah.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.