Perjanjian Gelap Kuasa Sabah: Limus Jury Mencari Perlindungan?

poster sedang viral

Politik Sabah kini berada di persimpangan paling kotor dalam sejarah moden negeri ini. Di balik senyuman dan jabat tangan, wujud perjanjian gelap yang diatur dengan penuh rahsia antara tokoh-tokoh berpengaruh semuanya demi kuasa, bukan demi rakyat.

Sumber dalaman politik Persekutuan mendedahkan wujud rundingan sulit antara blok pembangkang dan seorang wakil rakyat Sabah yang sedang terpalit dengan kontroversi projek mega. Rundingan itu bukan kecil ia dikatakan melibatkan tawaran jawatan tinggi negeri, malah kedudukan setaraf Timbalan Ketua Menteri dijadikan umpan politik.

Lebih mencurigakan, pertemuan itu dikatakan berlaku tanpa pengetahuan kepimpinan tertinggi parti pusat. Dalam senyap, “orang tengah” memainkan peranan memastikan urusan berjalan lancar termasuk janji-janji bahawa segala “fail panas” akan hilang dalam asap politik.

Inilah wajah sebenar kuasa di Sabah, bukan lagi soal prinsip, tetapi tawar-menawar di meja rundingan.

Bukan lagi tentang perjuangan rakyat, tetapi tentang siapa boleh diselamatkan dan siapa perlu dikorbankan.

Apabila politik sudah menjadi tempat perlindungan, bukan medan perjuangan maka segala nilai moral, integriti dan maruah akan mati di atas meja perundingan.

Rakyat Sabah sudah lama muak dengan sandiwara kuasa yang memperalatkan mereka. Setiap kali pilihan raya menjelang, watak-watak sama kembali bermain peranan dan kali ini dengan skrip baharu, tetapi pengakhiran yang tetap sama: rakyat terus tertipu.

Bukan lagi masa untuk berdiam diri tetapi masa untuk menolak politik yang menjual maruah negeri demi kekebalan peribadi.

Soalan: Benarkah khabarnya Perikatan Nasional telah menawarkan habuan politik kepada Limus Jury dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah II sekiranya Limus menyertai Perikatan Nasional.

Dalam rundingan itu, Hamzah Zainuddin dikatakan terlibat secara sulit tanpa pengetahuan keppimpinan tertinggi Perikatan Nasional. Difahamkan PAS juga telah menamakan Aliakbar Gulasan, Pesuruhjaya PAS Sabah di posisi tersebut.

Rakyat Sabah perlukan keberanian untuk memutuskan kitaran gelap ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.