Isu terbaru yang tular di media sosial kononnya Sabah akan dijadikan “Islamik State Borneo” atau “Serambi Mekah Borneo” (BACA di SINI) kini menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negeri itu. Namun, menurut sumber bilik gerakan, kenyataan tersebut bukan keputusan rasmi gabungan, sebaliknya hanya datang daripada kelompok penyokong PAS Sabah semata-mata.
Sumber itu menjelaskan, cadangan untuk membawa model pentadbiran ala negeri-negeri SG4 hanyalah impian kelompok tertentu dalam PAS dan tidak pernah dibincangkan atau diluluskan di peringkat kepimpinan PN Sabah.
“Itu bukan pendirian PN Sabah. Ia hanya suara segelintir penyokong PAS yang cuba menunggang nama gabungan,” tegas sumber tersebut.
Lebih menarik, kem diketuai Ronald Kiandee, Pengerusi PN Sabah dilaporkan menolak mentah-mentah cadangan itu. Beliau dikatakan menegaskan bahawa Sabah adalah “negeri onsoi”, yakni negeri yang harmoni dalam kepelbagaian dan tidak boleh disempitkan dengan satu tafsiran agama mahupun ideologi politik tertentu.
“Kita hormati Islam sebagai agama rasmi, tapi Sabah dibina atas semangat majmuk. Itulah kekuatan sebenar negeri ini,” jelas sumber rapat kepada kem Ronald.
Perlu diingat, Ronald Kiandee ialah pengerusi rasmi PN Sabah dan mempunyai kuasa pemutus dalam setiap dasar atau strategi gabungan itu di peringkat negeri. Sebaliknya, Aliakbar Gulasan hanyalah Pesuruhjaya PAS Sabah, jawatan dalam satu parti komponen yang tidak mewakili keseluruhan PN. Maka sebarang kenyataan mahu menjadikan Sabah sebagai “negeri Islamik” hanyalah pandangan peribadi PAS Sabah, bukan dasar rasmi PN.
Hakikatnya, PAS masih gagal menambat hati pengundi Sabah. Sejarah pilihan raya membuktikan parti itu tidak pernah menang satu pun kerusi di negeri ini.
Politik retorik yang dibawa PAS hanya laku di pentas ceramah dan bukan di peti undi rakyat Sabah yang lebih mementingkan pembangunan, ekonomi dan perpaduan kaum.
Tambahan pula, rekod pentadbiran negeri-negeri di bawah PAS tidak pernah menunjukkan kemajuan yang membanggakan.
Dari Kelantan ke Kedah dan Terengganu, rakyatnya masih terpaksa merantau ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Jika negeri sendiri tidak makmur di bawah pentadbiran mereka, apa jaminan bahawa Sabah akan lebih baik di tangan PAS?
Justeru, idea menjadikan Sabah sebagai “Islamik State” bukan hanya tidak realistik, malah bertentangan dengan semangat persekutuan dan nilai kepelbagaian yang menjadi identiti negeri itu.
PN Sabah wajar tampil menegaskan pendirian rasmi bagi menutup ruang manipulasi politik oleh mana-mana pihak yang cuba menunggang agama demi cita-cita kuasa. Sabah tidak perlukan retorik keagamaan kerana yang Sabah perlukan ialah pembangunan sebenar, peluang pekerjaan dan pemimpin yang mengutamakan semua rakyat tanpa mengira agama atau bangsa.
“Gaya Aliakbar Gulasan kerap menularkan aktivitinya di masjid dan surau serta isi ceramahnya yang mirip dengan PAS Semenanjung tidak sesuai dengan rakyat Karambunai dan Sabah” jelas warga di sini ketika ditemubual oleh MalaysiaHot.
"Lagi pun, anak Aliakbar sangat biadap menggelarkan orang sebagai anjing, Islam apa yang nak di bawa ke Sabah?" tegasnya lagi. Baca di SINI isu anak Aliakbar.
"Lagi pun, anak Aliakbar sangat biadap menggelarkan orang sebagai anjing, Islam apa yang nak di bawa ke Sabah?" tegasnya lagi. Baca di SINI isu anak Aliakbar.

Comments
Post a Comment