Majlis Ugama Islam Sabah nampaknya masih berdegil apabila tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung keluh kesah warga Karambunai berhubung dengan Aliakbar Gulasan membaca khutbah Jumaat tanpa tauliah dan tanpa teks.
Menurut netizen Sabah, Mohd Sailli melalui akaun facebook miliknya: Tindakan Datuk Dr. Aliakbar Gulasan menggunakan mimbar Jumaat di Masjid Kampung Karambunai untuk menyampaikan ucapan mengenai kritikan "PEMIMPIN JANGAN BERJANJI TETAPI TIDAK DITEPATI", yang berbeza daripada teks khutbah rasmi JHEAINS Sabah bertajuk "NILAI SEDETIK MASA" (24 Oktober 2025), adalah satu pelanggaran serius terhadap arahan agama negeri.
Ini adalah suatu perbuatan melanggari garis panduan yang terang-terang salah.
Perbuatan ini bukan sahaja melanggar Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995, yang mewajibkan khatib mengikut teks yang diluluskan, tetapi juga mencemarkan kesucian rumah Allah.
Apa turut dikesalkan adalah, anak lelaki Aliakbar Gulasan, Zulfikaar Azizi pula di dalam kenyataan mempertahankan tindakan bapanya dengan mengeluarkan kenyataan yang kesat.”Kamu semua cytro anjing…” menambahkan lagi ketegangan dan tidak sepatutnya diucapkan memandang ayahnya bakal calon yang memakai ‘jubah PAS’ yang kononnya islamik dan Zulfikaar sendiri adalah mahasiswa dari University Malaysia Sabah (UMS) dan juga bekas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
Ini antara teguran keras netizen di Karambunai:
“Inda patut betul bah, pelajar lulusan Islam lagi tu, tapi mulut macam tu! Malu oo.”
“Belajar agama tinggi-tinggi, tapi cakap pun inda macam orang berilmu. Apa guna?”
“Lulusan Islam konon, tapi cakap kalah orang tiada akal. Hebat betul pengajian tu ah.”
“Patutnya makin belajar agama makin lembut lidah, bukan makin tajam macam pisau.”
“Islam cuma di sijil ja ka? Sebab mulut tu macam bukan orang sekolah agama.”
“Inda patut bah, pelajar Islam lagi tu… cakap pun kalah orang tiada adab.”
“Kalau betul belajar agama, sepatutnya cakap pun beradab bah, bukan sembarang.”
Justeru, MUIS wajar membuat kenyataan rasmi berhubung isu yang menimbulkan kegusaran warga Karambunai memandangkan Aliakbar Gulasan adalah pemimpin parti politik di sini.
Video dari akaun facebook Mohd Sailli
Aliakbar Gulasan adalah Pesuruhjaya PAS Sabah dan ini adalah bukti beliau aktif berceramah politik.







Comments
Post a Comment