Nampaknya Perikatan Nasional (PN) kini sedang menyusun strategi besar untuk melebarkan pengaruhnya ke Sabah dengan sasaran tinggi iaitu mempertaruhkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Namun persoalan besar yang mula berlegar di bibir rakyat Sabah, apakah bumi di bawah bayu bakal bertukar menjadi “Serambi Mekah Borneo” dan adakah nasib rakyat Sabah akan meniru corak kemunduran seperti yang dilihat di negeri SG4?
PAS berulang kali menegaskan hasrat mereka mahu membawa “pentadbiran Islamik” ke Sabah sekiranya diberi mandat memerintah tetapi di sebalik slogan politik itu, rakyat di negeri SG4 sendiri masih bergelut dengan isu kemiskinan, banjir, infrastruktur daif, dan peluang pekerjaan yang terbatas yang akhirnya rakyat mereka sendiri ramai berhijrah ke Selangor, Kuala Lumpur dan negeri yang di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.
Jika model itu dibawa ke Sabah, tidakkah ini bermakna pembangunan ekonomi dan industri pelancongan negeri akan terpaksa tunduk di bawah garis panduan ideologi agama yang sempit seperti larangan hiburan, sekatan budaya tempatan dan kawalan sosial yang ketat?
Orang Sabah kena ingat bahawa Kelantan digelar Serambi Mekah, malangnya sudah lebih tiga dekad di bawah pentadbiran PAS, rakyatnya masih mencari peluang ke negeri lain untuk bekerja.
Terengganu pula masih bertarung dengan isu asas dari projek terbengkalai hingga peluang pekerjaan terhad.
Kini, apabila PAS mula menjaja idea untuk menjadikan Sabah versi baru “Serambi Mekah”, ramai tertanya adakah ini janji pembangunan atau sekadar penunggang ideologi?
Sabah bukan tanah eksperimen untuk ideologi politik atau agama. Rakyat Sabah sudah lama matang dalam menilai siapa yang benar-benar membawa kemajuan dan keharmonian, bukan sekadar memetik ayat suci untuk menutup kegagalan mentadbir.
PN boleh berangan besar menawan 40 kerusi tapi rakyat Sabah perlu sedar mereka jangan jadi seperti rakyat di negeri di bawah pentadbiran PAS.

Comments
Post a Comment