RUU URA: Pemilik Menjadi Miskin?



Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, YB Hj Bakri Jamaluddin yang hadir bersama dengan YB Parlimen Jasin di demostrasi selepas solat Jumaat kelmarin nampaknya memberi pandangan yang salah berhubung RUU Pembangunan Semula Bandar (URA).

Menurut Hj Bakri, RUU URA ini bakal memberi manfaat kepada orang kaya tanpa menjelaskan apa sebenarnya tujuan RUU URA tersebut. Ahli parlimen pembangkang nampaknya sepakat seolah sedang membina naratif yang sama betapa buruknya kesan kepada RUU tersebut kepada pemilik dan orang Melayu Bandar.

Sepatutnya langkah pertama Hj Bakri adalah menceritakan apa yang berlaku di dalam sesi libat urus yang melibatkan kesemua ahli parlimen Malaysia. Hj Bakri perlu dedahkan apa sebenarnya draf Cadangan RUU URA yang dibentangkan oleh wakil Kementerian yang terlibat.

Sepanjang pembangkang mainkan isu RUU URA, pernah atau tidak mereka memberitahu apa isi kandungan Cadangan draf tersebut. Apa yang dipamirkan kepada rakyat adalah plakad yang tertulis seperti yang anda lihat di dalam video di bawah.

Baca di SINI untuk mengetahui apakah antara butiran Cadangan draf RUU URA.

Baca di SINI untuk mengetahui apa pandangan peguam hak asasi manusia

Orang Melaka dan rakyat Malaysia boleh menilai sendiri tahap ego ahli parlimen pembangkang. Mereka sendiri tidak memahami apa maksud “ahli parlimen pembangkang”. Mereka hanya tahu menyebut “pembangkang yang baik adalah berfungsi sebagai check and balance” tetapi tindak tanduk mereka jauh menyimpang.

Ahli parlimen pembangkang hanya tahu membangkang tanpa ada idea alternatif, YB Masjid Tanah dengan menenggek isu RUU Majlis Media (baca di SINI), Ahli Parlimen Jasin dan Ahli Parlimen Tangga Batu seolah tidak pernah hadir di sesi libat urus yang dibuat khas untuk kesemua ahli parlimen Malaysia.

Semua isu nak ditunggang.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.