Akta Pembaharuan Bandar atau Urban Development Act(URA) bukanlah “akta rampasan rumah” seperti yang mula dicanang oleh ahli-ahli parlimen pembangkang samada di dalam parlimen atau pun ketika mereka menyertai demostrasi oleh NGO di luar parlimen. Naratif yang jahat sedang dibina bagi menimbulkan kegusaran dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan Madani.
Menggunakan sidang parlimen untuk memesongkan fakta dan menggunakan NGO untuk menimbulkan ‘huru-hara’ di perkarangan parlimen adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dibiarkan.
Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Meng, bagaimana Syed Sadiq yang telah menghadiri sesi taklimat boleh masuk ke Dewan Rakyat dan menimbulkan persepsi yang jahat terhadap akta yang baru berada di peringkat cadangan.
Majlis taklimat tersebut ada sesi pembentangan dan sesi soal-jawab dan dikendalikan oleh ketua-ketua jabatan yang terlibat. Apa Syed Sadiq buat ketika sesi taklimat tersebut?
Antara isi penting di dalam URA adalah akta ini akan memastikan bahawa pemaju tidak dibenarkan menjalankan rundingan dengan pemilik harta tanpa campurtangan kerajaan supaya tidak timbul unsur ugutan dan paksaan terhadap pemilik harta tanpa intervensi pihak berkuasa.
Intervensi pihak berkuasa tidak boleh berlaku hanya berpandukan garis panduan sediada semata-mata kerana tiada punca kuasa yang sah di sisi undang-undang.
Kementerian terlibat iaitu KPKT telah melakukan sesi libat urus bersama dengan kesemua ahli parlimen semalam. Malah sebanyak 72 kali sesi libat urus termasuk dengan Jawatan Kuasa Khas Parlimen.
Apa antara kandungan cadangan URA?
Di dalam URA juga ada ditekankan tentang kaedah rundingan dengan pemilik harta supaya mereka akan menerima semula segala hak dan kepentingan yang wajar terutama pemilikan semula hartanah baru sesuai dengan hartanah sediada berdasarkan oleh nilaian masa hadapan yang akan ditampung oleh pemaju dengan unjuran keuntungan yang akan dikawal dan dipersetujui oleh kerajaan.
Pengekalan pemilik hartanah penghuni di kawasan atau lokasi yang sama melalui pemilikan hartanah baharu yang nilainya lebih tinggi dengan persekitaran dan infrastruktur dari segi aspek ekonomi dan kualiti persekitaran. Pihak Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri akan menyediakan pelbagai insentif sebagai satu strategi untuk memacu keberhasilan perlaksanaan projek dan tidak wujud unsur rampasan tanah atau pun penindasan terhadap pemilik harta.
Penetapan ambang persetujuan di antara 75%-80% sebagai nilai untuk pihak berkuasa untuk memulakan projek PSB berkenaan. Persetujuan kesemua pihak terlibat tertakluk kepada nilai ambang yang tersebut. Pihak berkuasa tidak akan meneruskan projek yang tidak mencapai peratusan ambang yang ditetapkan.
Kesimpulannya, URA ini akan meberi jaminan terbaik kepada penduduk yang terhimpit dengan pelbagai isu semasa. Perbandaran yang berada di dalam keadaan yang using dan daif tidak selamat yang kesannya adalah kualiti hidup akan merosot.
Ketua Pembangkang dan kumpulannya termasuk pihak NGO yang diheret untuk berdemostrasi wajar tampil memberi kenyataan, dari mana mereka perolehi fakta bahawa RUU URA ini adalah strategi jahat Kerajaan Madani terhadap Melayu, Bumiputra serta golongan miskin bandar?
Mereka masuk atau tidak semasa taklimat dijalankan?
Bahaya cara berpolitik melontar batu dengan menunjukkan tangan tanpa mengunakan posisi otak yang betul.
Kepada Syed Sadiq juga, anda belum habis berbohong?
Lihat sendiri, dari mana mereka kutip fakta?
Mereka sedang menunggang RUU URA!!

Comments
Post a Comment