“Lain Padang Lain Belalang”
Jangan cepat melatah dan bangkang semua perkara yang dibawa oleh Kerajaan Pusat.
Perlu membuat penilaian dengan kaedah ‘mudarat besar v mudarat kecil’ dan juga melihat kepada persekitaran yang kurang matang dari segi kebebasan media dan jika ‘orang media’ sendiri tidak memahami apa itu ‘kebebbasan media’ maka boleh menyebabkan penyebaran maklumat palsu, fitnah & berita berat sebelah tanpa kawalan yang berkesan.
Mas Ermieyati perlu menjadi wakil rakyat yang lebih kompeten dan bertanggungjawab, bukan hanya sekadar menjadi ‘tukang sebar’ apa yang rakan beliau utarakan dan lebih memalukan juka sentiasa 'bertenggek' di atas isu yang dibawa oleh orang lain. Perlu ada pandangan sendiri.
Jika model "Self-Regulation" ini memberi jaminan bahawa kebebasan yang diberikan kepada pengamal media tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik dan mampu mengawal pemain industri ini dari terjebak dengan manipulasi berita, berita palsu, berita fitnah dan seumpamanya maka tiada keperluan wakil kerajaan berada di dalamnya sebagai pemerhati.
Dan jika tidak maka kerajaan wajar meletakkan wakilnya di dalam majlis tersebut.
Mas Ermieyati dan Wan Saiful Wan Jan telah membuat kajian sepenuhnya bagaimana pengamal media di negara ini meletakkan diri mereka yang sebenar sebagai pengamal media?
Sebagai contoh, terkini apa yang berlaku dengan seorang dari staf syarikat media terkemuka yang dikatakan membuat kenyataan melulu terhadap isu penyeragaman Khutbah Jumaat?
Adakah ini tahap mentaliti ilmu atau pemahaman pengamal media? Mengulas dengan naratif salah sesuatu perkara yang bukan bidangnya dan kesannya boleh menimbulkan kegusaran dan ketidaktenteraman Masyarakat terutamanya orang Islam.
Itu hanya satu contoh, bagaimana pula pengamal media yang condong kea rah pemberitaan yang hanya bersifat ‘menarik ramai pembaca’ dan bukannya bersifat memberi kesedaran terhadap sesuatu isu yang berlaku. Akan berlaku kupasan yang tidak adil sekiranya pengamal media lebih condong kearah menjadi ‘juru kempen’ parti politik.
“Kita cara kita”
Tidak perlu terikut dengan negara lain yang dikatakan kononnya mengamalkan kebebebasan media secara total tanpa perlu campurtangan dari Kerajaan.
Pelbagai model “kebebasan media” di seluruh dunia dan Malaysia bukannya terikut dengan apa yang telah dibuat di luar sana tetapi negara ini membina kemakmuran dengan acuan tersendiri.
Jangan menggunakan alasan bahawa wakil kerajaan merosakkan rencana kebebasan media, mereka ada tugas mereka terutama untuk mengharmonikan hubungan antara kedua entiti ini.
Jadilah wakil rakyat yang berwibawa dan bukannya wakil rakyat yang ‘bertenggek di atas orang lain’. Wan Saiful juga wajar membuat penilaian yang lebih profesional dan bukannya berdiri di parlimen untuk 'berceramah' tanpa ada hujah yang konkrit.
Ini untuk rujukan sepintas lalu:-
Antara beberapa negara yang mengamalkan model “co-regulation” di mana kerajaan mempunyai wakil dalam majlis media mereka:-
1. Indonesia – Dewan Pers, sejak 1968
2. Jerman – Presserat (German Press Council), sejak 1956
3. Perancis – Conseil de Déontologie Journalistique et de Médiation (CDJM), sejak 2019
4. Afrika Selatan – Press Council of South Africa, sejak 2007
Comments
Post a Comment