Skandal Duit Zakat Sabah: Aliakbar Gulasan Perlu Perjelaskan

sedang viral

Isu ‘’kehilangan dana zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bernilai kira-kira RM14 juta semakin hangat diperkatakan.

Apa yang bermula sebagai pendedahan umum (Baca pendedahan adik ADUN Membakut di SINI) kini berubah menjadi persoalan besar yang menggugat kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan dana umat Islam di negeri ini.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Aliakbar Gulasan tidak boleh terus berdiam diri. Beliau bukan sekadar figura politik PAS dalam pentadbiran agama yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah dan calon PAS bagi DUN Karambunai, dua kedudukan yang menuntut kebertanggungjawaban moral dan integriti tinggi di mata rakyat terutama penyokongnya sendiri.


Rakyat kini tertanya-tanya, kemana sebenarnya perginya wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada golongan asnaf, fakir miskin dan mereka yang layak menerima hak zakat?

Laporan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menyebut bahawa terdapat sembilan syor penambahbaikan tatakelola terhadap Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS. Namun, tiada sebarang penjelasan rasmi yang menyentuh isu paling utama bagaimana, mengapa atau benarkah wang zakat ini ‘hilang’?

Lebih mencurigakan apabila timbul dakwaan bahawa sebahagian daripada dana tersebut digunakan untuk tujuan politik, termasuk aktiviti melibatkan parti politik tertentu di Sabah. Jika benar, ini bukan sahaja satu pengkhianatan terhadap amanah umat Islam malah satu bentuk penyelewengan agama untuk kepentingan duniawi.

Sikap membisu Aliakbar hanya menambah persepsi negatif. Dalam situasi sebegini, **diam bukan boleh selamatkan keadaan sebaliknya boleh dianggap tanda bersubahat atau cuba melindungi sesuatu?

Malah Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman melalui kenyataan media beliau:

SIASATAN ISU RM14 JUTA MUIS MESTI DIPERLUAS, SPRM PERLU JELASKAN ISU TADBIR URUS DAN JALANKAN AUDIT FORENSIK MENYELURUH

Dakwaan berhubung pemindahan dana RM14 juta dalam Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bukan isu kecil atau kesilapan teknikal yang boleh ditutup dengan alasan “penambahbaikan tadbir urus”. Ini adalah soal amanah terhadap dana zakat harta umat Islam yang wajib diurus secara telus dan berlandaskan hukum serta undang-undang.

Saya berpandangan bahawa skop siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti diperluas segera, termasuk melibatkan audit forensik penuh ke atas keseluruhan rekod kewangan, transaksi bank, arahan dalaman serta minit mesyuarat Majlis.

SPRM juga perlu menjelaskan secara terbuka apakah bentuk isu tadbir urus yang dikesan dalam pengurusan dan agihan zakat MUIS, seperti disebut dalam sembilan syor yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan baru-baru ini. Penjelasan terbuka ini penting bagi mengelak kekeliruan serta memastikan integriti institusi agama negeri tidak terus dipersoalkan.

Pada masa yang sama, saya ingin mempersoalkan perkembangan siasatan berhubung dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif MUIS mengarahkan pemindahan wang daripada Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) sebanyak RM14 juta tanpa melalui proses kelulusan Majlis.

Walaupun MUIS menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah berniat jahat untuk menjatuhkan imej institusi agama itu, SPRM tidak boleh berhenti pada tahap penafian semata-mata. Pemeriksaan forensik ke atas keseluruhan kewangan MUIS perlu dijalankan secara menyeluruh bagi menafikan atau membuktikan kesahihan dakwaan tersebut dengan fakta, bukan persepsi.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.