Skandal Duit Zakat MUIS RM14 Juta ‘Hilang’: SPRM Salah Petunjuk?




Rakyat Sabah kini marah apabila timbul semula persoalan besar berkait kehilangan wang zakat berjumlah RM14.4 juta di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah baru-baru ini mengumumkan sembilan syor penambahbaikan tatakelola kepada Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, langkah itu dilihat sekadar kosmetik yang sekadar menyentuh kulit, bukan luka sebenar.

Isu ini mula meletus apabila laporan audit dalaman MUIS pada 2022 menunjukkan terdapat ketirisan besar dalam akaun kutipan zakat antara tahun 2020 hingga 2021.

Laporan tersebut mengesan jumlah kutipan tidak sepadan dengan agihan sebenar dengan perbezaan hampir RM14.4 juta yang gagal dijelaskan dengan bukti transaksi yang sah.

Lebih mengejutkan, apabila dakwaan serius berhubung salah guna dana zakat sebanyak RM14.4 juta didedahkan oleh Adnan Arif, Timbalan Setiausaha MUIS yang juga adik kepada ADUN Membakut. Baca di SINI.

Netizen Sabah mempersoalkan, kenapa SPRM lebih sibuk bercakap soal tatakelola tetapi tidak menyentuh langsung mengenai kehilangan dana yang telah lama menjadi buah mulut masyarakat Islam di negeri ini. Ramai melihat langkah itu sebagai cubaan menutup bau busuk di bawah karpet?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.