Ketika nama-nama besar dalam GRS sedang panas di bawah radar SPRM akibat skandal lombong mineral Sabah, muncul pula kisah lain tentang gaya hidup mewah seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah.
ADUN Klias merangkap Pembantu Menteri I di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Isnin Aliasnih, dikatakan sibuk berjoli di padang golf, bukan sekadar bermain, tetapi turut terlibat dengan aktiviti perjudian bernilai puluhan ribu ringgit setiap kali turun padang.
Sumber dalaman menyebut, gaya hidup mewah beliau bukan sekadar di Sabah. Malah, lawatan ke luar negara juga diisi dengan sesi golf dan taruhan besar, seolah-olah tiada beban amanah terhadap rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup.
Ironinya, slogan “Sabah For Sabahan” yang sering dilaungkan kini kedengaran seperti sindiran, apabila pemimpin yang sepatutnya membela rakyat sendiri lebih sibuk membina empayar hiburan dan kesenangan peribadi.
Sementara rakyat Sabah terus bergelut mencari sesuap nasi, ada pemimpin yang nampaknya lebih berminat “menebuk lubang di padang golf” daripada menebuk jalan keluar untuk kesejahteraan rakyat.
Benarkah beliau 'Mr 30%' dan anaknya terlibat dengan "
Baca di SINI dan di SINI.

Comments
Post a Comment