PRU DUN Sabah-17: Video Pandikar Amin Kena 'Boo'


Majlis penamaan calon parti GRS bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) diwarnai dengan satu insiden yang agak memalukan apabila nama bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, disambut dengan laungan “booo” oleh sebahagian hadirin ketika diumumkan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di DUN Pintasan.


Detik itu bukan sekadar penolakan spontan tetapi seolah-olah menjadi cerminan kepada perubahan angin politik di Sabah itu sendiri. Pandikar yang sebelum ini cuba memposisikan dirinya sebagai “otai yang terpaling pengalaman” kini tampak berdepan realiti bahawa pengundi bukan lagi mudah diperdaya dengan nama besar atau sejarah lama. Pengundi ingin pemimpin muda.

Memalukan apabila ndividu yang pernah mengangkat tangan ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat kini sendiri berhadapan dengan tangan-tangan rakyat yang tidak lagi mahu mengangkat beliau ke takhta politik dari mikrofon Dewan Rakyat ke mikrofon pentas penamaan calon yang bergema kali ini bukan tepukan gemuruh tetapi ejekan yang memeritkan telinga dan menjatuhkan airmuka.

Pemerhati politik menyifatkan kejadian itu sebagai “wake-up call” buat GRS bahawa 'barang lama' dan wajah kitar semula semakin sukar dijual kepada rakyat. 

Pandikar yang pernah menjadi simbol kekuasaan kini mungkin sedang berdepan dengan “karma politik” hasil daripada gaya kepimpinannya yang sering dianggap angkuh dan penuh dramatik.

Pandikar masih menunjukkan sikap keras kepala dan angkuh apabila mengeluarkan kenyataan "You wanna bet with me? Ada sesiapa yang nak bertaruh bahawa saya akan menang?”. Baca di SINI.

Zaman beliau disanjung sebagai “orang lama yang bijak berhelah,” telah berlalu apabila hari ini rakyat melihatnya sebagai “orang lama yang tak tahu berhenti.”


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.