“You Wanna Bet With Me?”: Pandikar Suami Isteri Yakin Akan Menang


Bekas Speaker Dewan Rakyat merangkap Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyatakan keyakinan tinggi untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Menurutnya, keyakinan itu berpaksikan kepada sokongan akar umbi serta pengalaman panjang dalam politik, sekali gus meyakinkan beliau bahawa Pintasan akan kekal menjadi milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya mesti pastikan kerusi ini saya menang. Orang-orang di sana itu bukan pengundi di kawasan saya, mereka datang dari tempat lain. Jadi kenapa kamu kata mereka tidak menyokong saya?

Komen saya ialah saya akan menang. You wanna bet with me? Ada sesiapa yang mahu bertaruh bahawa saya akan menang?” katanya bersahaja ketika ditemui pemberita selepas pengumuman calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hati ini.

Pandikar turut mengimbas keputusan PRN Sabah 2020, di mana beliau tewas tipis dengan perbezaan hanya 84 undi.

“Ketika itu saya tersepit antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Saya dapat 2,660 undi, kalah 84 undi sahaja.

Sekarang ini, saya calon daripada parti kerajaan,” ujarnya dengan penuh yakin.

Beliau menambah, pemilihannya sebagai calon DUN Pintasan dibuat secara teliti bagi memastikan kemenangan berpihak kepada gabungan kerajaan negeri.

Menyentuh soal kemungkinan sabotaj dalaman, Pandikar menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam mana-mana pilihan raya.

“Dalam pilihan raya, apa pun akan ada sabotaj. Itu terpulang kepada calon masing-masing. Dalam GRS pun ada saingan daripada parti lain. Tapi bagi saya, saya mesti pastikan saya menang,” tegasnya.

Untuk rekod, pada PRN16, Datuk Fairuz Renddan memenangi kerusi Pintasan dengan 2,744 undi, menewaskan Pandikar dan tiga calon lain.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.