DUN Klias: Bukan Mudah Calon BN Untuk Kalahkan Calon GRS “Mr. 30%” (Bahagian II)

Calon BN DUN Klias: Haji Osin bin Haji Jilon

Pertarungan di DUN Klias kali ini akan menjadi panas apabila nama Tuan Haji Osin bin Haji Jilon, tokoh masyarakat yang lama berkhidmat di lapangan rakyat, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Sosok ini bukan orang asing di Klias, beliau dikenali sebagai individu yang dekat dengan rakyat, sering turun padang, dan memahami denyut nadi masyarakat luar bandar.

Namun, laluan beliau bukan mudah. Halangan terbesar adalah penyandang kerusi DUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih yang kini mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seorang tokoh yang di gelanggang politik tempatan digelar sebagai “YB Mr. 30%.”

Bahagian 1 baca di SINI

Menurut sumber dari Klias, nama gelaran itu bukan muncul tanpa sebab. Di kalangan penduduk tempatan, Isnin dikenali sebagai pemimpin yang dikatakan menggunakan kedudukannya bukan untuk membangunkan rakyat tetapi memperkukuh pengaruh dan kekayaan sendiri. Terdapat rungutan bahawa beliau menjadikan Majlis Daerah Beaufort sebagai ‘lubuk projek’ untuk dirinya dan kelompok rapatnya.

Sumber tempatan turut menyebut, anak beliau turut dikaitkan dengan beberapa projek daerah bersama individu bernama ‘Kimlong’ yang dikatakan menjadi ‘proksi’ dalam urusan tertentu. Sementara rakyat Klias berdepan dengan isu perparitan, banjir dan kemiskinan luar bandar yang masih membelenggu dan pada waktu yang sama gaya hidup mewah pemimpin mereka kian dipersoal.

Sumber juga menceritakan bahawa rumah mewah bernilai jutaan ringgit di Kampung Takuli menjadi simbol jurang yang semakin luas antara wakil rakyat dan rakyat yang diwakilinya. Walau sudah empat penggal menjadi ADUN, pembangunan Klias dilihat tidak banyak berubah malah ramai penduduk merasakan suara mereka tidak lagi sampai ke Dewan Undangan Negeri.

Apa yang lebih mengecewakan, terdapat cerita di kalangan penduduk bahawa masa pemimpin ini lebih banyak dihabiskan di padang golf bersama kelompok elit daripada meninjau kampung yang dilanda banjir atau memperjuangkan isu rakyat di pejabat kerajaan.

Kehadiran Tuan Haji Osin memberi harapan baharu kepada pengundi Klias. Beliau dilihat sebagai calon yang lebih bersih, berprinsip dan dekat dengan rakyat.

Sekiranya kempen beliau berjaya menembusi lapisan pengundi luar bandar dan generasi muda yang semakin celik politik, tidak mustahil dominasi “Mr. 30%” akan berakhir.

Namun, jentera GRS tidak boleh dipandang ringan, dengan kekuatan sumber dan pengaruh politik yang masih kuat di Beaufort, pertarungan kali ini dijangka sengit antara politik rakyat melawan politik kuasa dan kekayaan.

Pilihan Raya DUN Klias bakal menjadi ujian integriti dan kesedaran politik rakyat. Persoalannya kini adakah rakyat Klias akan terus memilih kemewahan palsu dan keangkuhan atau memberi peluang kepada calon yang benar-benar memahami derita mereka?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.