Armizan Serang Bung Moktar Untuk Tutup Skandal Rasuah Shahelmey di Tanjung Keramat

sedang tular

Serangan terbaru Ahli Parlimen Armizan terhadap Bung Moktar telah menimbulkan perhatian ramai, selepas tuduhan dibuat bahawa kegagalan dua tahun pertama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpunca daripada prestasi Bung sebagai Menteri Kerja Raya (JKR).

Namun, pemerhati politik menegaskan bahawa kegagalan kerajaan negeri lebih berpunca daripada kelemahan pentadbiran Hajiji dan Armizan sendiri termasuk pengurusan projek asas yang lemah, masalah bekalan air bersih, jalan raya teruk dan isu elektrik yang berlanjutan.

Armizan cuba untuk padamkan kejayaan Bung Moktar ketika beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri JKR, Armizan lupa projek “Bung Speed”?

Projek khas Bung Moktar, dikenali sebagai “Bung Speed” telah mencatat kejayaan dalam mempercepatkan penyelenggaraan infrastruktur dan penyelesaian projek tertangguh di beberapa kawasan luar bandar Sabah. Projek ini menunjukkan keberkesanan pentadbiran beliau, bertentangan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Armizan.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Shahelmey Yahya dikaitkan dengan kontroversi meletakkan adiknya, Shah Alfie Yahya sebagai calon GRS di DUN Tanjung Keramat. Menurut sumber dalaman, tindakan ini bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk melindungi Shahelmey daripada skandal rasuah yang semakin jelas termasuk dakwaan menerima rasuah daripada projek lombong mineral yang didedahkan oleh Albert Tei.


Rakaman video kontroversi yang tersebar menunjukkan bahawa dakwaan ini bukan sekadar khabar angin, dan rakyat tempatan kini semakin celik dalam menilai isu integriti dan kronisme politik.

Sumber menyatakan jawatankuasa GRS Tanjung Keramat pada awalnya memilih calon lain tetapi Shahelmey berkeras agar kerusi itu tetap dikawal oleh “kuasa keluarga”. Strategi ini menimbulkan persoalan serius tentang ketelusan proses pemilihan calon dan kredibiliti parti di mata pengundi. Baca di SINI

Influencer Borneo, Jol Fazli, menyifatkan situasi politik di Tanjung Keramat sebagai tegang, menyatakan bahawa sebarang kegagalan GRS boleh membawa kepada tindakan SPRM terhadap individu terbabit.

DUN Tanjung Keramat kini bukan lagi medan politik biasa, sebaliknya menjadi fokus perhatian kerana percaturan kuasa, kronisme, dan percubaan perlindungan keluarga. Rakyat kini dihadapkan dengan pilihan jelas, memilih calon yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat atau sekadar menutup kelemahan dan skandal ahli politik tertentu.

Rekod Shahelmey sebagai Menteri JKR Sabah turut menjadi bahan kritikan, manakala Shah Alfie Yahya kurang dikenali dalam masyarakat setempat dan ini menimbulkan keraguan terhadap kelayakan dan penglibatan beliau dalam pembangunan tempatan.


Dengan rakaman video yang semakin tersebar, pemerhati politik menegaskan bahawa masa akan menentukan sama ada langkah “pelindung keluarga” ini berjaya mengekang isu pendakwaan atau sekadar menjadi topeng sementara dalam politik Sabah yang semakin panas.










Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.