Terkini, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kuala Penyu, Jepinus Kamuin, menegaskan bahawa Limus Jury kekal bersama GRS, bukan menyertai PKR seperti digembar-gemburkan pihak tertentu.
Malah Hajiji menyatakan bahawa Gabungan Rakyat Sabah
(GRS) dan Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan agihan kerusi dan
akan diumumkan secara rasmi pada Hari Penamaan Calon.
Menjawab persoalan mengenai kedudukan calon, Ketua Menteri
merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata:
“Ya, kami sudah tahu… tapi saya tidak boleh umumkan
sekarang. Tunggu Hari Penamaan Calon, dan anda akan tahu bilangannya.”
Kenyataan Limus Jury menunjukkan bahawa beliau tidak gentar
berdepan isu peribadi dan politik termasuk kes berkaitan pemerolehan projek
kerajaan negeri yang dikaitkan dengan syarikat miliknya.
Projek Bernilai Setengah Bilion – Di Tangan Syarikat
Milik Limus (BACA di SINI)
Sumber mendedahkan bahawa syarikat Perwira Progresif
Construction Sdn. Bhd. yang dimiliki Limus Jury, telah menerima
projek-projek besar kerajaan negeri bernilai keseluruhan RM657.5 juta?
Antara projek utama yang dibangkitkan termasuk:
- Projek
Menaik Taraf Jalan Terawas–Malinsau–Kaingaran (39.515km)
- Projek
Membina Jalan ke Mini Estet Sejahtera (Mesej) Mansalu Ranau, Fasa II
(70.540km)
Kedua-dua projek berkenaan dibentangkan dalam sesi taklimat
rasmi pada 10 Mac lalu, turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk
James Joachim, yang juga ADUN Kundasang.
Namun, persoalan besar kini timbul, mengapa hanya
Perwira Progresif Construction disebut sebagai kontraktor tunggal dalam
projek-projek mega tersebut?
PRN Sabah kali ini nampaknya dicemari oleh calon-calon yang
terpalit dengan skandal rasuah projek lombong mineral Sabah.

Comments
Post a Comment