Rakyat Sabah mula bertanya apabila berita mengenai Jeffry Kitingan pernah meminta dana dari kerajaan pusat sejumlah RM900 (klik di SINI) juta atas nama menangani masalah banjir di Sabah.
Itulah wajah sebenar kerajaan GRS Sabah, pentadbiran mereka lemah, bergantung, dan gagal mengurus ekonomi negeri secara berkesan.
Namun tiba-tiba satu lagi berita mengenai 'wayang kejayaan' kerajaan GRS dibangkitkan. Apa jadi dengan hasil memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan GRS dengan Shaanxi Construction Engineering Group Corporation Limited dari China?
Adakah MoU itu hanya sekadar gimik politik menjelang pilihan raya negeri akan datang?
Pada penghujung 2023, kerajaan GRS gah mengumumkan MoU pelaburan RM17 bilion kononnya untuk membangunkan infrastruktur, perumahan, dan sektor tenaga di Sabah. Namun sehingga kini, tiada satu pun projek besar yang dapat dilihat di lapangan.
Yang jelas, rakyat Sabah terus bergelut dengan banjir tahunan, jalan rosak, infrastruktur runtuh, dan bekalan air yang tidak stabil.
Lebih memalukan, kerajaan negeri yang kononnya “berpendapatan tinggi” masih merayu kepada kerajaan pusat untuk bantuan asas seolah-olah tiada simpanan atau pelaburan mampan untuk kecemasan.
Sabah memiliki hasil negeri yang besar termasuk sumber mineral, balak, pelancongan, dan tenaga namun GRS dilihat tidak cekap memanfaatkan kekayaan tersebut.
Pada 2024, GRS turut mengumumkan rizab negeri sebanyak RM8.6 bilion, tetapi kini memohon RM900 juta daripada Persekutuan untuk menangani banjir.
Soalnya, di mana keutamaan kewangan kerajaan negeri?
Adakah rizab itu hanya angka kosmetik untuk laporan tahunan, sedangkan rakyat masih terkapai-kapai menghadapi bencana setiap kali musim hujan?
Rakyat di Penampang, Beaufort, dan Kota Belud sudah muak dengan janji air mata simpati setiap kali berlaku banjir.
Setiap kali bencana melanda, pimpinan GRS akan muncul dengan kenyataan “kami akan memohon bantuan dari pusat.”
Bukan itu sahaja, projek-projek mega yang diumumkan atas nama pembangunan tidak pernah berpihak kepada kesejahteraan rakyat luar bandar.
Yang diutamakan hanyalah projek imej, lawatan luar negara, dan MoU tanpa hasil.
GRS telah membuktikan bahawa mereka lebih mahir mencipta persepsi daripada membina penyelesaian sebenar.
Pelaburan RM17 bilion hanya menjadi “projek kertas”, sementara rayuan RM900 juta (Baca di SINI) menunjukkan betapa lemahnya keupayaan fiskal dan perancangan negeri.
Rakyat Sabah layak bertanya:
Mana hasil pelaburan besar yang dijanjikan?
Mengapa masih bergantung pada pusat untuk masalah asas seperti banjir dan air?
Selagi GRS kekal dalam budaya “berharap”, Sabah akan terus kekal sebagai negeri kaya sumber tetapi miskin tindakan.
Rakyat Sabah wajib tolak GRS, menyusahkan rakyat sepanjang penggal berkuasa!


Comments
Post a Comment