Kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang merayu Kerajaan Persekutuan mempercepatkan peruntukan hampir RM1 bilion bagi mengatasi masalah banjir di Sabah menimbulkan persoalan besar terhadap keutamaan dan keberanian fiskal kerajaan negeri sendiri.
Bagaimana mungkin sebuah kerajaan negeri yang mendakwa mempunyai rizab tunai sebanyak RM8.6 bilion masih perlu “merayu” kepada kerajaan pusat setiap kali rakyatnya ditimpa bencana tahunan seperti banjir?
Sejak GRS mengambil alih pentadbiran Sabah, angka RM8.6 bilion ini sering dijadikan simbol kejayaan pengurusan kewangan negeri. Namun angka itu kini menimbulkan tandatanya dan rakyat terus tenggelam dalam banjir, manakala wang rizab terus “terapung” dalam akaun kerajaan.
Hakikatnya, rizab negeri bukan sekadar angka politik untuk dibangga-banggakan, tetapi alat untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan mendesak.
Lihat Sarawak, di bawah Premier Abang Johari berani menggunakan rizab negeri untuk membiayai projek jambatan, membaik pulih sekolah daif, dan memperkukuh infrastruktur air, mengapa Sabah tidak boleh mendahulukan sebahagian daripada rizabnya untuk menyelamatkan ribuan rakyat daripada bencana banjir?
Tindakan “merayu” ini menggambarkan kelemahan kepimpinan fiskal GRS-PH Sabah.
Dalam politik pembangunan, merayu bukan dasar ia tanda kegagalan membuat keputusan.
Rakyat tidak peduli siapa keluarkan dana dahulu, negeri atau pusat. Apa yang mereka mahu ialah tindakan cepat dan berkesan.
Apabila projek mitigasi banjir tertangguh hanya kerana kerajaan negeri enggan “menyentuh” rizabnya, mesejnya jelas:
GRS lebih pentingkan imej akaun cantik berbanding nasib rakyat basah kuyup atau mungkin pemimpin GRS sibuk membahagi ghanimah antara mereka.
Mereka membina kekayaan dengan rasuah!


Comments
Post a Comment