| Jeffry Kitingan Menjadi Bahan Sinis Anak Muda Sabah Anti Rasuah |
Isu integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kembali menjadi persoalan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Rakyat kini tertanya-tanya adakah SPRM benar-benar bebas, atau hanya menjadi alat politik untuk mengawal pihak tertentu, khususnya dalam kerajaan GRS?
Beberapa bulan lalu, tular video dan dokumen yang mengaitkan
beberapa pemimpin utama GRS dengan skandal rasuah lombong mineral di Sabah,
termasuk dakwaan pembahagian “habuan politik” daripada projek lesen mineral
bumi yang sepatutnya menjadi hasil negeri. Nama-nama besar disebut, antaranya:
- Menteri
kanan dalam Kabinet Sabah yang dikatakan terlibat secara langsung
dalam kelulusan lesen perlombongan kepada kroni.
- Ahli
Parlimen dari parti komponen GRS yang dikaitkan dengan syarikat proksi
menguruskan eksport mineral nadir bumi.
- Pegawai
kanan di Pejabat Ketua Menteri Sabah yang didakwa menjadi “orang
tengah” dalam pengagihan projek eksplorasi.
Walaupun beberapa video, tangkap layar WhasApp (Klik di SINI) dan dokumen
bocor mengaitkan mereka secara jelas dengan transaksi mencurigakan, SPRM
masih membisu. Tiada siasatan terbuka, tiada kenyataan rasmi, jauh sekali
sebarang tangkapan.
Sebaliknya, jika kes melibatkan pemimpin UMNO atau pembangkang di Semenanjung, tindakan SPRM amat pantas dan ada yang ditahan semalaman, disita akaun serta-merta, dan disiarkan besar-besaran di media. Persoalannya, mengapa dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang?
Lagi Video pendedahan di SINI
Apakah SPRM takut menjejaskan imej GRS yang kini menjadi sekutu penting kepada kerajaan persekutuan? Atau adakah ada “tangan ghaib” dari pusat yang mengawal rentak penyiasatan supaya ada parti politik kekal 'bersih' sehingga menjelang PRN?
Lebih membimbangkan, kebisuan SPRM terhadap isu rasuah mineral ini memberi isyarat buruk kepada rakyat Sabah seolah-olah ada kekebalan politik jika seseorang itu berada di pihak yang “mencatur kuasa”.
Sabah kini bukan sahaja berdepan masalah ekonomi dan pembangunan terbantut, tetapi turut dihantui persepsi bahawa institusi penguat kuasa sendiri telah kehilangan keberanian moral.
Jika SPRM benar-benar bebas, maka rakyat menuntut satu perkara mudah, siasat semua pihak tanpa mengira baju politik.
Kerana rasuah tidak mengenal parti tetapi ketidakadilan jelas mengenal warna politik.


Comments
Post a Comment