Pendedahan rakaman video oleh Albert Tei membuka lembaran hitam baharu dalam sejarah politik Sabah. Rakaman tersebut jelas menunjukkan pegawai khas kepada Presiden Parti STAR, Jeffry Kitingan, mengaku menerima wang rasuah sebanyak RM300,000 melalui beberapa transaksi tunai bernilai RM100,000 setiap kali pertemuan berlangsung.
Lebih ironinya, Anwar semalam sendiri menyindir bahawa “…semua orang ada jasa. Tukang cuci ada jasa, penghulu ada jasa, orang korup pun ada jasa. Firaun yang zalim juga mempunyai jasa.” Kenyataan ini memberi isyarat jelas bahawa tidak ada alasan untuk membiarkan rasuah berlindung di sebalik ‘jasa’.
Isu ini tidak terhenti pada Jeffry Kitingan sahaja. Beberapa individu lain yang pernah didedahkan dalam rakaman video terdahulu juga wajib disiasat tanpa berlengah.
SPRM tidak boleh menunggu sehingga DUN Sabah dibubarkan atau tekanan politik memuncak. Rakyat Sabah mendesak tindakan segera kerana mereka mahu melihat negeri ini bebas daripada cengkaman rasuah dan pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat.
Jangan jadikan Hajiji sebagai “Firaun Kecil”


Comments
Post a Comment