Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, ramai pemerhati politik mula merasakan bahawa angin perubahan sedang bertiup semula ke arah Barisan Nasional (BN). Bukan semata-mata kerana nostalgia, tetapi kerana rakyat Sabah semakin matang menilai rekod pentadbiran parti-parti yang pernah memegang kuasa termasuk Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berbanding zaman kegemilangan BN dahulu.
Di bawah pentadbiran BN, Sabah menikmati pertumbuhan ekonomi
yang lebih stabil dan terancang. Antara pencapaian ketara termasuk:
- Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah pernah mencapai 7.5% (2014) — antara yang tertinggi di Malaysia.
- Pelaburan langsung asing (FDI) meningkat hampir RM11 bilion antara tahun 2010 hingga 2017, terutamanya dalam sektor minyak, gas, pelancongan dan perladangan.
- Kadar kemiskinan negeri berjaya diturunkan daripada lebih 25% pada tahun 2000 kepada sekitar 16% menjelang 2017, hasil projek-projek infrastruktur dan bantuan luar bandar.
- Projek
mega seperti Pan Borneo Highway, Taman Perindustrian Kota Kinabalu
(KKIP), dan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) membawa
manfaat nyata kepada rakyat luar bandar dan ini tidak termasuk mewujudkan
klinik Kesihatan kecil seperti Klinik 1Malaysia. Baca selanjutnya di SINI
Walaupun BN tidak terlepas daripada kelemahan, namun asas
pembangunan yang ditinggalkan masih menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan ketika
itu mempunyai hala tuju dan disiplin dalam pelaksanaan dasar.
Ketika Warisan mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018,
rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap naratif perubahan yang dilaungkan.
Namun, tempoh singkat pemerintahan Warisan lebih banyak dipenuhi dengan retorik
politik, konflik dalaman, dan projek yang tidak berkesinambungan.
Akibat kegelojohan Warisan maka:
- Projek
Pan Borneo terhenti, menyebabkan kontraktor tempatan rugi besar.
- Ribuan
peluang kerja tertangguh, khususnya dalam sektor pelancongan dan
perkhidmatan.
- Dakwaan penyelewengan dalam projek bekalan air dan tanah adat, yang akhirnya menimbulkan persepsi bahawa Warisan tidak jauh beza dengan parti yang mereka kritik dahulu.
Warisan juga gagal menstabilkan hubungan pusat–negeri,
menyebabkan banyak peruntukan pembangunan tertangguh dan Sabah kembali ke era
ketidaktentuan politik.
Selepas kejatuhan Warisan, rakyat berharap GRS mampu membawa
wajah baharu. Namun, selepas beberapa tahun mentadbir, rakyat mula hilang
sabar dengan apa yang berlaku.
- Isu rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa, termasuk skandal lombong mineral, penyelewengan dana negeri, dan projek diluluskan kepada kroni politik.
- Fenomena “lompat katak” kembali menghantui politik Sabah, menjadikan kerajaan negeri tidak stabil dan sentiasa berubah arah.
- Program
pembangunan luar bandar seperti BELB, bekalan air bersih dan pembaikan
jalan kampung berjalan perlahan dan tidak menyeluruh kerana kegagalan
pentadbiran Hajiji.
Kebanyakan rakyat Sabah kini melihat bahawa kerajaan GRS
gagal meneruskan momentum pembangunan yang pernah dibina pada era BN.
Antara pendedahan video kes rasuah melibatkan pemimpin GRS di SINI
Kini suasana di akar umbi memperlihatkan gelombang
penilaian semula terhadap rekod pentadbiran. Rakyat semakin sedar bahawa politik
slogan tidak dapat menggantikan politik hasil kerja.
BN, walaupun tidak sempurna, berjaya meninggalkan
infrastruktur dan projek asas yang masih menjadi tunjang ekonomi negeri.
Sementara itu, dua kerajaan selepasnya Warisan dan GRS lebih banyak
meninggalkan kekeliruan dan kekecewaan.
Kini, adakah rakyat Sabah bersedia mengembalikan kepercayaan
kepada parti yang pernah membawa kestabilan dan pembangunan sebenar?
Jika ukuran dibuat berdasarkan hasil nyata, maka rakyat
Sabah perlu memikirkan nasib mereka untuk 5 tahun akan datang dan bukannya nasib
pemimpin yang korup yang masih gila untuk merompak hasil rakyat.
Kali ini rakyat Sabah perlu membuat keputusan yang tepat
yang berdasarkan bukan kerana sentimen, tetapi kerana rekod dan realiti.

Comments
Post a Comment