Itulah janji lantang Shafie Afdal, seolah-olah satu manifesto baharu menjelang PRN Sabah ke-17.
Namun bagi yang kenal sejarah, ini bukan janji baru. Ini cuma ulang tayang perangai lama.
Ketika Shafie memimpin kerajaan Warisan dahulu, perkara pertama yang beliau buat ialah menekan kontraktor Pan Borneo. Kononnya tidak puas hati dengan pelaksanaan projek, tapi cerita di sebalik tabir, benarkah dikatakan melibatkan permintaan sejumlah wang daripada kontraktor menyebabkan projek tergendala dan rakyat menjadi mangsa?
Masih ingat bagaimana kontraktor tiba-tiba mengadu kononnya harga bahan binaan naik dan kontrak perlu diubah semula? Sedangkan yang sebenarnya projek Pan Borneo Sabah sangkut kerana tangan-tangan politik Warisan sendiri.
Apabila Shafie menamatkan sistem PDP (Project Delivery Partner), model kewangan melalui Sukuk DanaInfra turut terbatal. Berbeza dengan Sarawak walaupun kerajaan PH tamatkan PDP di sana, projek tetap diteruskan kerana dana tidak disentuh.
Tidak hairanlah YB Isnaraissah Munirah Majilis sendiri pernah membangkitkan hal ini kerana beliau tahu, Warisanlah punca utama projek Pan Borneo Sabah tergantung.
Begitu juga dengan projek air Sabah, yang menjadi saksi bagaimana dasar bercelaru dan campur tangan politik menghalang kemajuan sebenar.
Dan kini, Shafie mahu muncul semula sebagai ‘hero rakyat’ dengan slogan “tukar kontraktor”?
Hakikatnya, rakyat Sabah masih ingat janji lama pun berbohong, kini datang dengan janji baru yang sama bunyinya.






Comments
Post a Comment