Tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggunakan laman web rasmi Ketua Menteri Sabah sebagai medan kempen politik adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang jelas dan memalukan. Platform rasmi kerajaan sepatutnya menjadi saluran maklumat untuk rakyat bukan pentas propaganda parti yang sedang terdesak mencari sokongan menjelang pilihan raya negeri.
Lebih membimbangkan, Dewan Undangan Negeri Sabah telah pun dibubarkan, menjadikan Datuk Seri Hajiji Noor hanya Ketua Menteri interim tanpa mandat penuh rakyat. Dalam tempoh ini, setiap bentuk penggunaan aset atau medium rasmi kerajaan bagi tujuan politik adalah satu pelanggaran etika pentadbiran dan penyalahgunaan sumber awam. Ia bukan sahaja menodai prinsip neutraliti kerajaan, tetapi juga menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi negeri.
Apa yang lebih mengejutkan, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib walaupun pelanggaran ini berlaku secara terbuka. Adakah undang-undang hanya dicipta untuk menghukum pihak lawan, manakala parti pemerintah bebas bertindak sesuka hati?
Perbuatan GRS ini mencerminkan ketakutan politik dan keterdesakan mempertahankan kuasa, walaupun dengan cara yang mencabar semangat demokrasi. Sabah tidak boleh dibiarkan menjadi pentas penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang menyamakan “kerajaan negeri” dengan “parti sendiri”. Kuasa rakyat bukan milik individu dan penyalahgunaan platform rasmi kerajaan untuk kepentingan politik mesti dikecam sekeras-kerasnya.
GRS nampaknya sudah lupa laman web kerajaan bukan billboard pilihan raya. Bila kuasa mula goyah, platform rasmi pun dijadikan alat propaganda. Inilah wajah sebenar “kerajaan Hajiji”!!
Hajiji tidak layak menjadi "Caretaker Goverment, baca di SINI

Comments
Post a Comment