Hak 40% Sabah: PAS Bawa Naratif Bahaya Untuk Sabah


‘Hak 40% Sabah’ dijadikan bahan politik mengelirukan oleh mereka yang gagal faham, bukan yang mahu membantu.

Isu “Hak 40% Sabah” bukan lagi perbincangan ilmiah tetapi sudah dijadikan bahan politik oleh pihak yang sedang mencari batuan politik sempena pilihanraya negeri Sabah.

Terkini, Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan tampil dengan kenyataan mendakwa Sabah sepatutnya menerima RM4 bilion dan bukannya RM600 juta seperti diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2026.

Masalahnya, kenyataan itu bukan berasaskan perakaunan fiskal atau tafsiran perlembagaan tetapi ‘formula pembaris sekolah.

Persoalan yang lebih menarik, PhD dalam bidang apa sebenarnya dimiliki oleh Aliakbar yang membenarkan rumusan sesederhana itu?

Apa yang membimbangkan, Aliakbar berucap seolah-olah hasil cukai negara boleh dibahagi seperti membayar segelas teh tarik di kedai mamak, RM10B hasil kutipan, maka RM4B mesti dikembalikan.

Beliau lupa bahawa MA63 dan Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan bukan dokumen permainan aritmetik tetapi perjanjian fiskal yang kompleks dan melibatkan tanggungan Kerajaan Persekutuan seperti perbelanjaan pembangunan untuk rakyat dengan pelbagai prasarana dan seumpamanya.

Isu ini bukan tentang angka di atas kertas tetapi tentang kemampuan kerajaan membiayai pendidikan, keselamatan dan kemudahan asas untuk Sabah.

Kalau mengikut formula Aliakbar, siapa nanti yang mahu bayar gaji guru di Sabah, bina jalan atau tampung operasi ESSCOM di sempadan? PAS kah?

Inilah bahaya besar yang sedang merebak di Sabah, naratif baharu yang dibina oleh PAS untuk menanam rasa curiga antara Sabah dan Semenanjung. Ia bukan tentang memperjuangkan hak negeri tetapi mencipta gambaran yang salah dan boleh dimanipulasi menjelang PRN.

PAS cuba menjadi “juara hak Sabah”, padahal selama ini mereka menolak desakan sama apabila melibatkan negeri lain seperti "Hak Kelantan" dan "Hak Terengganu".

Pelik, parti yang gagal menuntut royalti minyak di Pantai Timur kini mahu mengajar rakyat Sabah tentang “hak 40% hasil cukai”.

Pesuruhjaya PAS gagal membezakan “hasil cukai” dengan “pendapatan atau hasil negeri”. 

PhD cap ayam!

Nota kaki:

Aliakbar bukanlah lulusan bidang agama. Beliau juga bukan lulusan bidang ekonomi mahupun kewangan tetapi acah-acah pandai cakap pasal cukai.

Dia juga selalu naik mimbar Jumaat, dia lulusan apa pula? Laporan Aliakbar baca khutbah Jumaat di SINI

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.