Bahagian 1
Dalam episod terbaru podcast ‘Yang Berhenti Menteri’, Rafizi Ramli sekali lagi mencuri perhatian apabila terus mengasak Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi kali ini dengan langkah yang lebih drastik, membawa nama Farhash Wafa Salvador ke medan konflik dalaman parti.
Rafizi mendakwa bahawa kumpulan yang memenangi pemilihan PKR baru-baru ini terdiri daripada individu yang ‘dijaga’ oleh Farhash, iaitu bekas Setiausaha Politik Anwar dan juga bekas Pengerusi PKR Perak. Pendedahan ini mencetuskan persoalan besar adakah PKR sedang menyaksikan perpecahan kuasa antara kem ‘reformis’ dan kem ‘pengaruh dalaman’?
Menariknya, beberapa hari sebelum itu, Rafizi turut membuat desakan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Farhash, baca di SINI. Ini memperlihatkan bahawa konflik bukan sekadar berkisar soal prinsip, tetapi mungkin melibatkan isu integriti dan pengaruh politik dalam jentera parti.
Pendedahan ini bakal mengubah landskap dalaman PKR, malah boleh memberi kesan domino menjelang pilihan raya akan datang. Adakah ini permulaan kepada pertembungan dua pengaruh besar dalam parti iaitu antara Rafizi dan budak-budaknya bertembung dengan ‘budak-budak Farhash’?
Bersambung ke Bahagian 2...

Comments
Post a Comment