Dari facebook:
PN NORIDA AKMAL BT AYOP BERSAMA ANAK PEREMPUANNYA DIBAWA PULANG KE MALAYSIA.
- 14.2. 2026 Di KLIA 2 -
18 tahun terpisah dengan keluarga, Pn Norida Akmal binti Ayob warganegara Malaysia, yang ketika itu mengikuti suaminya warganaegara Indonesia bersama anak perempuan ke Lombok Indonesia dan menetap di Lombok, Indonesia kini dibawa pulang ke tanahair.
Perkahwinan beliau tidak kekal dan akhirnya beliau hidup sendirian, susah dan daif, mencari rezeki sebagai tukang sapu demi meneruskan hidup bersama anak anak setelah berpisah dengan suaminya yang berkahwin lain.
Hari ini, hasil kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Indonesia terutama pihak Imigresennya Pn Norlida Akmal Ayob yang mempunyai dua orang anak iaitu Nur Fateen Akmadiana, lahir di Malaysia, dan merupakan warganegara Malaysia Muhamad Sabani Daniel, warganegara Indonesia kerana lahir di Indonesia telah dapat dibawa balik ke Malaysia.
Kisah beliau mahu kembali ke Malaysia di ketahui apabila keluarganya di Kg Bukit Sapi Lenggong datang menemui saya dan memaklumkan keadaan Pn Norida Akmal. Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan serba kekurangan, anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan, dan terbiar.
Ekoran itu saya memulakan urusan dengan meminta kerjasama Wisma Putra melalui Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia. Saya telah menghantar Pegawai saya yang diketuai Datuk Dazma Shah Daud ke Lombok Indonesia bersama Setiausaha Sulit saya ke Lombok bagi urusan membawa pulang.
Alhamdulillah, kini mereka selamat pulang ke tanahair.
YB DS DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Timbalan Menteri Dalam Negeri ( KDN ) / Ahli Parlimen Lenggong.
- 14.2.2026 Jam 1135 pm.

















Comments
Post a Comment