Akhirnya Muhyiddin yang sejak dahulu punya rekod khianat kepada Ketua, bermula zaman Pak Lah kemudian DS Najib dan Dr Mahathir (kerajaan 22 bulan) mempertahankan dirinya daripada dikhinati timbalannya menggunakan kuasa instrumen disiplin parti.
Masa beliau dipecat dari UMNO, dialah terpaling menjadi mangsa dan menuduh DS Najib zalim terhadap dirinya walaupun jelas ketika itu dia jelas cuba khianati ketuanya sendiri.
Apabila Hamzah Zainuddin yang mula ‘menyerang’ kepimpinan Muhyiddin - beliau yang pakar dah sebati dengan perbuatan khianat dapat menghidu dengan cepat.
Hakikatnya hanya Muhyiddin tahu langkah pengkhianat kerana dia sendiri adalah pengkhianat.
Pelik, bocor dan viral dari kumpulan 'WhatsApp' seolah Muhyiddin adalah sebahagian dari jawatankuasa disiplin parti. Beliau sendiri yang menyebarkan keputusan tentang pemecatan Hamzah.
Tidak pasti ianya betul atau 'fake'.
![]() |
| Tangkap layar ini sedang viral di sosmed |


Comments
Post a Comment