Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih serta naik taraf Stadium Jalan Raja Muda (SJRM), Kampung Baru, Kuala Lumpur kini telah mencapai 80 peratus siap dan berada pada fasa akhir pelaksanaan.
Menurut beliau, stadium bersejarah itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira sebulan lagi sebelum dirasmikan pada April depan. Perasmian tersebut akan diadakan serentak dengan pelancaran Akademi Sepak Takraw Negara serta pembukaan rasmi Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2026 sekali gus menandakan satu detik penting dalam landskap pembangunan sukan sepak takraw negara.
Datuk Mohd Sumali turut menyatakan keyakinan bahawa penubuhan Akademi Sepak Takraw Negara bersama pelaksanaan Program Pembangunan Sepak Takraw Negara (NSTDP) akan menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai bakat pelapis berkualiti yang mampu mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
“Setakat ini, hasil perbincangan dan pemantauan mendapati projek ini telah mencapai 80 peratus siap dan kami menjangkakan ia dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh sebulan lagi. Kami mencadangkan agar perasmian dibuat pada April serentak dengan pelancaran Akademi Sepak Takraw Malaysia,” katanya.
Beliau menjelaskan, walaupun kapasiti Stadium Jalan Raja Muda hanya mampu menampung sekitar 1,000 penonton, kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan menepati keperluan pembangunan atlet secara holistik. Antara fasiliti yang disediakan termasuk bilik penginapan atlet, bilik seminar serta kemudahan fisioterapi khusus.
“Inilah yang kami impikan selama ini. Walaupun kapasiti penonton terhad, namun buat pertama kali dalam sejarah sepak takraw negara, kita memiliki sebuah bangunan akademi sendiri yang lengkap dan berfungsi sepenuhnya. Ia menjadi mercu kebanggaan bukan sahaja kepada PSM, tetapi juga kepada seluruh penyokong sepak takraw tanah air,” katanya lagi.
Beliau menegaskan bahawa kewujudan Akademi Sepak Takraw Negara di Stadium Jalan Raja Muda bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan tersebut secara lebih tersusun dan berterusan, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara kuasa utama sepak takraw dunia.

Comments
Post a Comment