Skandal Navy-Isteri Orang: Suami Dedah Bukti


Saya, Dr Sariman Abu Bakar merupakan suami kepada Datuk Seri Dasyarina Sarilah Binti Daud yang merupakan individu wanita yang di dalam gambar yang tersebar bersama Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Kami suami isteri yang sah mengikut syarak telah bernikah di luar negara bersama Dasyarina pada 25 Feb 2025 dengan oleh ayahanda beliau sendiri iaitu Daud Binti Taib.

Saya bukan hendak mengaibkan sesiapa namun saya terpanggil bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan menuntut keadilan buat diri saya.
Kami sama sama terlibat dalam perbagai jenis perniagaan antaranya memang melibatkan kerja kerja termasuk dengan tentera.

Semasa kami membuat urusan berkaitan perniagaanlah Dasyarina telah berkenalan dengan Sabri Zali. Namun selepas mengenali Sabri Zali sikapnya banyak berubah.

Tidak puas hati dengan perubahannya saya cuba menyiasat sendiri. Saya telah menemui mesej ‘bermanja’ dengan perkataan sayang dan sebagainya dalam komunikasi Sabri Zali dan Dasyarina. 

Malah saya juga mendapat bukti di mana Sabri Zali check-in bilik gunakan nama dan pangkat tenteranya (kemungkinan untuk dapat diskaun) di mana CCTV menunjukkan ada rakaman dia memasuki bilik yang sama yang Sabri juga masuki. Bukan sekadar gambar-gambar mesra di padang golf semata.

Untuk pengetahuan semua pada peringkat awal menemui mesej dan seumpamanya saya sendiri telah hubungi Sabri Zali tetapi keadaan tak berubah. Maka saya telah memulakan tindakan undang undang terhadap Sabri Zali dengan menghantar surat tuntutan undang undang (LOD) namun dia enggan membalas.

Setelah Chegu Bard mendedahkan berkenaan Sabri Zali saya hubungi Chegu Bard minta kalau dapat membantu saya menuntut keadilan.

Saya tak pasti mana sumber semua gambar dan imej CCTV serta dokumen berkaitan isteri saya dan Sabri Zali diperolehi Chegu Bard namun saya sahkan ia adalah benar dan bukan palsu seperti yang Sabri Zali katakan.

Saya telah membuat laporan polis dengan nombor laporan AMPANG/023551/25 namun kecewa sehingga kini tiada tindakan, adakah kerana dia Jeneral tentera berbintang Bintang maka dia dilindungi ?

Saya tidak ada latar belakang undang undang, saya hanya seorang lelaki yang mencari keadilan untuk diri sendiri. Dari pepengetahuan saya ternyata Sabri Zali telah melanggar undang undang dan boleh dikenakan tindakan dibawah kanun keseksaan (akta 574) khususnya seksyen 498 (memikat isteri orang) atau kemungkinan ziina bawah seksyen 497 (hubungan sulit) di mana semua kesalahan itu boleh juga diambil tindakan dibawah akta Angkatan tentera 1972, yang boleh membawa penjara dan denda.

Sememangnya dia harus di pecat dari jawatan tinggi sebuah institusi latihan tertinggi tentera. Dia sangat memalukan tentera dan negara.

Tujuan saya hadir ini untuk saya menuntut keadilan, sebagai manusia biasa saya sudah sangat terhina oleh isteri saya dan Datuk Sabri Zali.




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.