Projek Lembu: Wakil Rakyat Perikatan Nasional Diberkas SPRM


SPRM Kedah menahan Anggota Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin petang semalam bagi tujuan pertuduhan melibatkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, siasatan dibuat sejak Februari melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

"Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari 2025 dan siasatan telah dijalankan yang mana 15 orang saksi telah dirakam percakapan.

Sumber mendakwa suspek didakwa menyalahgunakan jawatan semasa menjadi exco pertanian negeri.

Difahamkan SPRM membebaskannya dengan bon peribadi setelah diambil keterangan.

Dia diberikan notis untuk hadir di mahkamah Alor Setar pada hari Isnin ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Tan SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi.

Katanya individu tersebut dirakam percakapan bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan dilepaskan dengan jaminan.





Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.