PRK DUN Lamag: Miha Yakin Dia Lebih Baik Dari Bung


Pada Pilihan Raya DUN Sabah yang lalu, kerusi DUN Lamag berjaya dipertahankan oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan majoriti tipis 153 undi.

Kemenangan itu cukup signifikan, mencerminkan sokongan rakyat Lamag terhadap pendekatan kepimpinan yang lebih banyak bekerja daripada berbicara.

Namun, Allah SWT lebih menyayangi arwah dan pemergian beliau telah mewujudkan kekosongan kerusi DUN Lamag, sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil. Dalam suasana inilah muncul kembali pencabar terdekat arwah Bung, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, dengan keyakinan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu yang “lebih baik” daripada apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Menurut sumber, naratif kempen Miha tidak berubah dengan mengekalkan janji yang beliau ketika siri kempen temph hari. Beliau mengulangi menawarkan janji yang menarik iaitu pembinaan rumah PPR bertingkat dalam jumlah besar, pembinaan kompleks sukan atas alasan rakyat Lamag tiada dewan tertutup untuk beriadah, selain idea membina replika sebagai mercu tanda supaya Lamag mempunyai lokasi bergambar yang melambangkan identiti Kinabatangan.


Miha turut mendakwa pembangunan Lamag bukanlah hasil usaha allahyarham Bung Moktar, sebaliknya kerana pemaju yang melihat potensi kawasan tersebut lalu tampil melabur. Pembangunan tersebut berlaku dengan sendirinya, tanpa peranan wakil rakyat yang membuka ruang, mengurus kelulusan dan memperjuangkan kepentingan kawasan di peringkat lebih tinggi. 

"..tapi bukan dia yang bawa, pemaju yang bawa.." kata Miha

Isu asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik turut dikekalkan sebagai kempennya. Miha berjanji akan memperbaiki sebaik sahaja beliau menang, sambil menyatakan bahawa perkara itu gagal diuruskan sebelum ini. Malah beliau turut meyakinkan rakyat bahawa bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan boleh diperoleh sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat bebas.

Janji-janji ini tidaklah salah, malah kedengaran manis. Cuma dalam kalangan warga Lamag, timbul senyuman sinis yang sukar disembunyikan. Ada yang berbisik, “Bung bukan jenis nak cerita apa yang dia buat, tapi Bung tunjuk apa yang dia buat tanpa perlu bercerita.”

Miha janji RM1000 kepada pasangan baharu yang kahwin selepas beliau menang dan rumah PPR untuk mereka, bukankah ini yang arwah Bung usahakan? Jelas warga Lamag lagi.

Kepada warga DUN Lamag, pilihanraya bukan sekadar soal siapa paling yakin atau paling panjang senarai janjinya. Ia adalah soal sejauh mana keyakinan itu berpijak di bumi nyata dan sama ada rakyat mahu memilih cerita tentang apa yang boleh dibuat atau kesinambungan kepada apa yang telah pun ditunjukkan.

“Kita pun tak tahu rupanya selama ini arwah tidak berjanji tetapi sentiasa bantu kepada anak muda yang berjaya masuk ke universiti..” kata Tuan Haji Jamrin dari Bukit Garam.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.