Belanjawan 2026 bagi negeri Pahang menunjukkan angka fiskal dan ekonomi yang mantap dengan hasil kutipan RM1.279 bilion dan peruntukan besar untuk pembangunan dan sektor produktif.
Pertama ADUN Beserah perlu melihat Untuk 2026, Pahang menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.279 bilion, meningkat kira-kira 7% berbanding anggaran 2025.
Daripada jumlah itu, RM1.274 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus meliputi gaji, perkhidmatan, bekalan, bantuan tetap, aset dan lain-lain juga RM446.26 juta diperuntukkan bagi pembangunan negeri seperti projek infrastruktur, pembangunan sosial, pelaburan sektor, dan inisiatif lain.
‘Membaca’ bajet perlu melihat keseluruhan aliran termasuk hasil jangka panjang melalui perancangan yang mampan.
Dari perspektif makro ekonomi, negeri mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM68.7 bilion dengan kadar pertumbuhan 5.7% pada 2024, melebihi purata kebangsaan iaitu 5.1%.
Kenapa Pertumbuhan & Bajet Tidak Bermaksud Pendapatan Isi Rumah Naik Menyeluruh?
Perlu difahami, meskipun data bajet dan KDNK menunjukkan prestasi ekonomi dan keupayaan fiskal negeri yang kukuh, terdapat jurang nyata antara angka makro dan realiti hidup isi rumah:
Anggaran hasil negeri dan perbelanjaan walaupun besar ianya tidak secara automatik mengubah struktur pengagihan pendapatan atau mengangkat pendapatan median keluarga di semua lapisan.
Fokus peruntukan pembangunan seperti infrastruktur, pertanian, pelancongan lebih bersifat jangka-panjang jadi manfaat langsung kepada isi rumah (gaji, upah, elaun) mungkin terhad atau sukar diukur segera, terutama bagi golongan berpendapatan sederhana ke bawah.
Manakala sektor produktif dan sokongan asas (pertanian, pelancongan, bantuan kebajikan) walaupun diperuntukkan, butirannya pasti berbeza-beza, tidak semua rumah mendapat dan impaknya kepada pendapatan bersih bergantung banyak faktor (jenis pekerjaan, akses kepada inisiatif, kemampuan menyertai program, tahap subsidi kos sara hidup).
Lihat penekanan terhadap sektor produktif asas, belanjawan 2026 memperuntukkan:
RM68.63 juta bagi memperkasakan sektor penternakan, pertanian dan perikanan sebagai usaha untuk menjamin bekalan makanan dan meningkatkan pengeluaran negeri.
RM34.65 juta khusus untuk pembangunan dan pengurusan agensi pelancongan, ini menandakan kerajaan negeri turut memberi fokus kepada sektor pelancongan sebagai pemangkin ekonomi dan peluang pekerjaan untuk orang tempatan
Inisiatif kebajikan dan sokongan asas seperti program Juadah Makmur dilanjutkan dengan peruntukan RM8.5 juta menunjukkan sensiviti terhadap beban kos sara hidup dan kebajikan warga.
Jadi ADUN Beserah tidak boleh menggambarkan seolah-olah Bajet Pahang 2026 tidak memberi kesan kepada ‘pendapatan isi rumah’ kerana Data belanjawan 2026 memang menggambarkan keupayaan kewangan negeri dan keazaman melaksanakan pelbagai projek.
Pembangkang terutamanya perlu melihat juga kepada penilaian prestasi negeri idealnya tidak hanya bergantung kepada KDNK dan kutipan hasil tetapi juga kepada indikator kesejahteraan isi rumah seperti pendapatan median, Gini ratio (ketidaksamaan), kadar kos sara hidup, tahap pengangguran, dan akses kepada kemudahan asas.
Semua ini berada di dalam radar kerajaan Barisan Nasional Pahang di bawah pimpinan Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Comments
Post a Comment