Tragedi maut di tapak projek pemecah ombak di Terengganu semalam mula menimbulkan persoalan besar bukan sahaja tentang keselamatan di tapak pembinaan tetapi juga tentang sikap kerajaan negeri yang kelihatan memilih untuk berdiam diri.
Sumber dalaman memaklumkan bahawa insiden tragis ini berlaku berhampiran lokasi projek penahan ombak yang pernah runtuh dua kali, satu rekod yang amat membimbangkan. Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-dua projek tersebut dikendalikan oleh kontraktor yang mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan negeri?
Projek jalan yang runtuh dua kali itu dikendalikan oleh SR Tech Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang dikatakan dilantik melalui proses direct nego?
Sementara projek pemecah ombak yang menyaksikan kematian seorang pekerja pula dikendalikan oleh GPQ Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan PAS Terengganu. Kedua-dua lantikan ini menguatkan lagi desakan supaya siasatan bebas dilakukan terhadap proses perolehan, amalan pembinaan serta pematuhan piawaian keselamatan.
Sumber turut mendakwa bahawa seorang ADUN pernah menyatakan bahawa projek pemecah ombak perlu disegerakan kerana dikhuatiri jalan tersebut akan runtuh lagi tanpa “water breaker” tersebut. Namun paradoksnya, projek yang dikejar demi keselamatan kini pula mengorbankan nyawa seorang pekerja. Tragedi ini bukan lagi isu teknikal semata-mata tetapi cerminan keutamaan, tata urus dan ketelusan pengurusan projek di bawah kerajaan negeri.
Lebih menjadi persoalan rakyat ialah sikap pimpinan PAS Terengganu yang kali ini kelihatan sunyi tanpa sebarang kenyataan, lawatan mahupun respons segera. Kebiasaan mereka yang sering tampil berswafoto menziarahi rakyat dalam pelbagai situasi kini tidak kelihatan.
Diamnya pemimpin ketika nyawa melayang di bawah projek kerajaan negeri menimbulkan persoalan tentang kebertanggungjawaban dan integriti dalam mengurus tragedi yang melibatkan nyawa pekerja bawahan.
Dalam keadaan ini, pihak berkuasa seperti SPRM, Polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) wajar menjalankan siasatan menyeluruh tanpa kompromi dan tanpa pengaruh politik.
Soalan-soalan penting mesti dijawab, adakah proses direct nego dilakukan dengan telus?
Adakah kawal selia keselamatan dipenuhi?
Adakah amalan pembinaan dipantau dengan rapi?
Dan lebih penting, adakah kecuaian atau salah tadbir berlaku sehingga membawa kepada kematian?
![]() |
| Update facebook milik EXCO yang terakhir sehingga artikel ini ditulis |
Rakyat berhak mengetahui kebenaran, dan keluarga mangsa berhak mendapat keadilan. Tragedi ini tidak boleh dipadam dengan kesunyian politik. Ia menuntut tindakan tegas, penjelasan terbuka dan pembaharuan dalam pengurusan projek kerajaan negeri sebelum tragedi seterusnya berlaku lagi.
Mangsa yang maut adalah orang tempatan menurut pihak polis.
EXCO mana? kata penduduk di situ




Comments
Post a Comment