Warga Kundasang jangan mudah berpuas hati



Japirin Sahadi (dua kanan) dan Datuk Dr. Ewon Ebin (tiga kanan) sewaktu mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Langsat, semalam.


Wahai warga Kundasang jangan mudah berpuas hati kerana anda berhak untuk menikmati kehidupan jauh lebih baik daripada yang dimiliki pada hari ini.

Calon Barisan Nasional, Japirin Sahadi dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membawa perjuangan ‘perubahan’ demi masa depan warga Kundasang yang lebih terjamin.

Kemudahan asas yang menjadi perjuangan utama calon No. 8 itu, sewajarnya mampu meraih sokongan rakyat, justeru, bukalah mata anda dan lihat kemajuan di tempat lain yang telah jauh ke depan meninggalkan Kundasang.

Keadaan jalan raya yang masih tidak berturap.

Sejak minggu kempen bermula, Japirin banyak memberi fokus kepada kawasan pedalaman yang hidup dalam serba kekurangan dan dalam lawatan, semalam, di Kampung Kirokot dan Kampung Langsat, isu kemudahan asas masih menjadi topik perbualan.

Japirin berkata, beliau membawa pulang semua suara warga kedua-dua kampung tersebut dengan harapan satu hari nanti pembangunan dapat dilaksanakan di sana.

“Saya bawa pulang semua suara itu, suara untuk perubahan, suara untuk masa depan yang lebih terjamin. Terima kasih atas layanan dan kehadiran yang sangat bermakna,” katanya.

Keadaan Tabika Kemas Kampung Kirokot dalam keadaan menyedihkan.

Semasa tinjauan dilakukan di kedua-dua kampung berkenaan, tanpa menyatakan nama penduduk, kedengaran suara yang berasakan kemudahan yang mereka miliki ini sudah memadai.

Walaupun pada hakikatnya jalan raya yang tidak diturap dan kemudahan elektrik yang tidak stabil serta bekalan air bersih yang masih perlu ditingkatkan menjadi isu penduduk-penduduk ini.

Kurangnya pendedahan kepada dunia luar, mungkin menjadikan segelintir penduduk mempunyai pemikiran sedemikian.

Maka, terbentuklah sikap mudah berpuas hati itu kerana mereka mungkin tidak sedar, kemodenan telah lama dinikmati Malaysia dan penduduk-penduduk berkenaan perlu ‘buka mata’ kerana mereka berhak menikmati kemajuan itu seperti mana warga di tempat lain.

Antara perjuangan Japirin selain kemudahan asas yang disebut di atas adalah mengatasi isu tanah rakyat, menghimpunkan sokongan belia, meningkatkan keusahawanan tempatan, pendidikan, hak rakyat didahulukan dan keamanan serta kesejahteraan warga Kundasang.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.