Wanita PBRS Sook yakin Arthur menang besar




Rohana Man

SOOK : Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cawangan Sook tekad untuk terus berjuang habis-habisan bagi memastikan calon DUN N.45 Sook, Dato Sri Arthur Joseph Kurup menang besar pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Wanita PBRS Cawangan Sook, Angie Jampadin, berkata, mereka akan sentiasa ke hadapan bagi memastikan jentera pilihan raya di peringkat Wanita bergerak aktif terutama dalam program mendekati rakyat.


Menurutnya, beliau bersama keseluruhan ahli Wanita akan terus berjuang habis-habisan tanpa mengira masa dan lokasi.

Katanya, beliau akan memastikan Wanita Sook mengambil bahagian dalam semua program yang telah dijadualkan termasuk mengagihkan kad laporan Arthur.

"Sebagai ketua wanita, saya memimpin Wanita Sook untuk terus berjuang dan berkempen, tidak kira masa dan di mana.

"Kami bergerak dari rumah ke rumah untuk menyerahkan kad laporan dan manifesto kepada penduduk.

"Kami tetap radu sampai kami dapat kemenangan besar untuk Dato Sri Arthur, katanya kepada penulis.

Mengulas peluang Arthur untuk menang, beliau yakin Ahli Parlimen Pensiangan itu bukan sekadar menang biasa, tetapi menang besar kerana beliau nampak kehadiran Arthur sebagai calon diterima majoriti penduduk Sook terutama golongan anak muda.

"Saya berasa sangat yakin Dato Sri Arthur akan menang besar. Ini kerana ramai anak muda sokong beliau.

"Kami jangka pengundi kali pertama juga akan memilih beliau," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, keyakinan itu berasas kerana rakyat sudah nampak dengan mata sendiri hasil kerja Arthur.

"Beliau seorang wakil rakyat yang bekerja kuat," tambahnya.

Menurutnya, rakyat sudah nampak hasil kerja beliau yang membawa masuk pembangunan kepada penduduk, khususnya DUN Sook.

"Semua hasil kerja itu memberi keyakinan kepada kami bahawa Arthur akan menang besar," ujarnya.

PRN17 yang akan diadakan pada 29 November menyaksikan Arthur berdepan saingan lima penjuru apabila dicabar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin, Ireneus Pagut (Parti Solidariti Tanah Airku – STAR), Joseph Peter Tinggi (Parti Warisan) dan V Chong Vin (Parti Impian Sabah – PIS).

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.