Di saat kempen PRU DUN Sabah semakin panas, satu lagi episod menghina rakyat Sabah muncul kali ini melibatkan roti Gardenia, bakul makanan bercop PN dan syarat menyerahkan nombor IC sebelum bantuan diberikan?
Orang Sabah tidak boleh dibeli dengan apa pun..tapi Aliakbar sogok dengan bakul makanan?
Penduduk di Kampung Numbak (PDM Kibagu), Sepanggar mendakwa bahawa jentera PN/PAS mengagihkan bakul makanan dengan syarat penerima perlu menyerahkan nombor kad pengenalan (IC) terlebih dahulu?
![]() |
| Kena tunjuk IC dulu baru dapat bakul rasuah? |
Jika dakwaan ini benar, ia bukan lagi soal bantuan ia sudah menyentuh garis merah Rasuah Pilihan Raya.
Bakul makanan sepatutnya hadir tanpa syarat tetapi jika IC dahulu, barang kemudian, persoalan besar muncul adakah ini bantuan Kebajikan atau rasuah politik?
Jika di sidang DUN Kedah, EXCO PAS mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Sabah dengan ‘nilai roti Gardenia’ kini, mereka sendiri mengagihkan bakul makanan bertampal logo Perikatan Nasional sebagai sogokan. Jika logik PAS dahulu digunakan, apakah bakul PN lebih “mulia” daripada roti Gardenia?
Gardenia boleh mendakwa PAS merosakkan reputasi jenama dan boleh menyebabkan bisnis Gardenia bankrupt di Sabah.
SPR boleh menyiasat dan mendakwa Aliakbar Gulasan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Belum penamaan calon dah mula bagi rasuah?
Belum penamaan calon dah mula bagi rasuah?




Comments
Post a Comment