![]() |
| poster sedang tular di media sosial |
Isu dakwaan penerimaan wang oleh Calon DUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam, kembali mencetuskan perdebatan selepas tular satu video yang mengaitkannya dengan pemberian wang berjumlah RM600,000 daripada ahli perniagaan, Albert Tei.
Dr Joachim, yang juga Pemangku Presiden PBS dan Timbalan Ketua Menteri II Sabah, mempertahankan tindakan itu sebagai “sumbangan politik.”
Namun, alasan tersebut semakin dipersoalkan oleh orang ramai yang menganggap ‘sumbangan politik’ itu hanyalah cubaan menjenamakan semula perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Albert Tei dilaporkan mencabar Dr Joachim untuk membuktikan pengecualian tersebut dengan menunjukkan audit penuh PBS lengkap dengan rekod transaksi, surat rasmi serta resit.
Persoalan mudah yang dituntut rakyat, jika benar itu sumbangan politik, di mana bukti hitam-putihnya? Di mana akaun parti yang menunjukkan nama penyumbang dan jumlah yang diterima?
Video yang dimuat naik oleh Edisi Siasat memperlihatkan perbualan antara kedua-dua individu tersebut, dengan jumlah bayaran disebut satu per satu: RM300,000, RM150,000, RM50,000, dan satu lagi RM50,000 di Kuala Lumpur.
Albert Tei menegaskan: “Kalau ada bayaran dan ada balasan, itu bukan sumbangan. Itu rasuah.”
Kenyataan itu menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap sifat sebenar transaksi tersebut.
Dalam respons awal, Dr Joachim mengakui menerima wang daripada Albert Tei tetapi menyatakan beliau “tidak ingat berapa jumlahnya.”
Pengakuan sedemikian hanya mengundang lebih banyak keraguan, bagaimana mungkin seseorang terlupa jumlah wang sebesar RM600,000 jika benar ia adalah derma politik rasmi kepada parti?
Jika wang itu benar-benar disalurkan kepada PBS, rekodnya sepatutnya jelas, lengkap dan mudah disemak.
Kini timbul persoalan utama yang semakin mendesak, adakah RM600,000 itu benar-benar masuk ke akaun PBS atau ke poket individu tertentu?
Rakyat Sabah ingin serahkan tengkok dan nasib diri serta keluarga kepada pemimpin sebegini?
Itulah yang sedang rancak dibualkan di kalangan Masyarakat Kundasang.

Comments
Post a Comment