![]() |
Gabungan Rakyat Sabah kini menghadapi cabaran serius dari segi kredibiliti dan pengurusan moral pemerintahan negeri.
Dua skandal besar yang menuntut penjelasan kepada rakyat Sabah ialah skandal perlombongan mineral yang melibatkan ‘pemberian wang’ untuk mendapatkan lessen bagi kawasan yang begitu luas dengan nilai ‘suapan’ lebih dari RM10 juta kepada beberapa kepimpinan GRS dan skandal yang memalukan iaitu ‘kehilangan’ wang zakat Sabah lebih daripada RM14juta?
Media melaporkan bahawa penerbitan sejumlah klip video rakaman oleh pihak Albert Tei menunjukkan ‘wang tunai’ dan rundingan yang dikaitkan dengan wakil rakyat daripada GRS.
Antara video rakaman tular adalah yang diterbitkan bertarikh 18 Jan 2024 di sebuah restoran di Kota Kinabalu yang memaparkan perbualan antara Albert Tei dan Rizal Johari (pembantu kepada Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)) tentang wang tunai dan lesen pembatalan.
Tei mendakwa bahawa pembantu tersebut menerima tunai sebanyak RM300,000 (dalam tiga ansuran RM100,000) dan selepas itu menyebut bayaran tambahan RM500,000 untuk pihak Kitingan.
Rakaman itu juga menyebut nama pemimpin GRS tertinggi seperti Hajiji Noor (Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS), Jeffrey Kitingan (Timbalan Pengerusi I GRS) dan Maximus Ongkili (Timbalan Pengerusi II GRS) dalam konteks “perebutan kuasa” berkaitan lesen.
Media juga melaporkan bahawa sekurang‐kurangnya dua Adun Sabah telah disebut dalam laporan bahawa mereka terlibat dalam video ini termasuk ADUN Membakut, Ariffin Arif.
Mutakhir, Jeffrey membuat keputusan partinya, STAR keluar dari GRS.
Manakala skandal ‘kehilangan’ wang zakat Sabah di bawah MUIS menjadi hangat apabila adik kepada Ariffin Ariff, ADUN Membakut iaitu Adnan Arif telah membuat pendedahan mengenai ‘kehilangan’ wang zakat Sabah tersebut.
Adik kepada Ariffin Arif mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif MUIS telah mengarahkan pemindahan sejumlah RM14 juta daripada Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) tanpa kelulusan Majlis MUIS.
Walaupun MUIS menafikan dakwaan tersebut namun rakyat mengharapkan siasatan yang terlus kerana ianya melibatkan hak fakir miskin, anak yatim yang termasuk dalam golongan asnaf.
Apa yang menjadi persoalan utama adalah ADUN Membakut, Arifin Ariff sendiri adalah EXCO Hal Ehwal Agama Sabah dan dilihat membisu di dalam isu 'kehilangan duit zakat Sabah' ini.
Rakyat melihat skandal ini menyerang dua perkara asas iaitu kepercayaan rakyat terhadap integriti wakil rakyat dan juga kewibawaan GRS sebagai gabungan pemerintah yang sepatutnya mentadbir secara bersih.
Menurut sumber , GRS terpaksa mengambil keputusan meletakkan calon di dalam baharu bagi GRS bukan lagi sekadar pilihan strategik electoral tetapi mungkin menjadi keperluan untuk memulihkan kepercayaan rakyat.
“Nama GRS sudah busuk, Datuk Arifin Ariff sendiri sudah 21 tahun menjadi wakil rakyat Membakut. Lima penggal diberi peluang oleh rakyat namun hari ini, Membakut kekal di takuk lama. Tidak ada pembangunan besar yang boleh dibanggakan. Tidak ada kemajuan yang benar-benar mengubah nasib rakyat” kata warga Membakut yang menyesal mempertahankan Arifin selama ini.

Comments
Post a Comment