Seorang ahli perniagaan bernama Albert Tei (atau Tei Jiann Cheing) mendedahkan beberapa video yang didakwa menunjukkan perbualan mengenai beliau memberi rasuah kepada beberapa ADUN Sabah dari gabungan GRS berhubung pengeluaran lesen cari gali mineral.
Berdasarkan pendedahan awal dan laporan media, disebut ada lapan ADUN Sabah yang dikaitkan dalam video oleh Albert Tei. Namun, 6 ADUN tidak disahkan oleh SPRM sebagai suspek yang akan didakwa.
Daripada lapan yang disebut dalam video, hanya 2 ADUN telah dituduh di mahkamah sehingga kini iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob. Beliau didakwa menerima suapan RM 200,000 daripada Albert Tei pada 6 Mac 2023 bagi membantu proses permohonan lesen cari gali mineral dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang mana didakwa menerima suapan RM 150,000 dari Albert Tei pada 12 Mei 2023, juga berkaitan permohonan lesen mineral.
Keduanya mengaku tidak bersalah. Turut didakwa adalah Albert Tei sendiri kerana memberi suapan kepada kedua-dua ADUN ini mengikut pertuduhan rasuah SPRM.
Ramai mempertikaikan kenapa hanya 2 dari 8 yang disebut dalam video dibawa ke muka pengadilan?
Jawapan Anwar seperti yang anda lihat adalah tidak meyakinkan. Tidak seperti apa yang beliau sentiasa tegaskan mengenai rasuah seolah-olah kes di Sabah ini ada wujudnya pendakwaan terpilih?

Comments
Post a Comment