Ketika dunia masih bergelut dengan ancaman COVID-19, Sabah dikejutkan dengan keputusan mengejut membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai 2020. Tindakan ini membuka jalan kepada PRN Sabah ke-16 pada 26 September 2020, sekali gus memaksa jutaan rakyat terlibat dalam proses pilihan raya pada waktu pandemik belum dapat dikawal sepenuhnya.
Di sebaliknya, wujud persoalan besar, adakah keputusan itu dibuat demi kuasa, walaupun risiko terhadap nyawa rakyat Sabah amat jelas?
Krisis politik antara Shafie Apdal dan Musa Aman memuncak apabila kedua-duanya mendakwa memiliki majoriti. Namun, pilihan yang diambil oleh Kerajaan Warisan ketika itu ialah membubarkan DUN, satu keputusan politik yang menolak pilihan lebih selamat seperti menunggu sehingga keadaan pandemik stabil.
Pembubaran ini bermakna pilihan raya wajib diadakan dalam tempoh 60 hari, sekali gus memaksa rakyat turun mengundi dalam keadaan penularan wabak yang semakin meningkat.
Pada akhir Julai 2020, Sabah mencatat sekitar 397 kes aktif COVID-19.
Menjelang hari mengundi, hanya dua bulan kemudian kes aktif meningkat kepada 1,547 kes.
Peningkatan mendadak ini berlaku serentak dengan kempen pilihan raya, rentetan pergerakan besar-besaran merentas daerah, perhimpunan politik dan interaksi fizikal yang sukar dielak walaupun adanya SOP.
Walaupun SPR memperkenalkan SOP baharu, hakikatnya kempen politik tetap bermakna adanya perhimpunan penyokong, ceramah di pelbagai Lokasi, pergerakan petugas parti, pengundi dan jentera dari seluruh negara serta emasukan keluar Sabah termasuk pemimpin dari Semenanjung.
Pada waktu itu, ujian saringan dan kuarantin bagi mereka yang pulang dari Sabah belum dilaksanakan secara ketat, menyebabkan pembawa tanpa simptom bebas bergerak ke seluruh negara.
Keadaan ini akhirnya menjadi pemangkin kepada gelombang COVID-19 yang lebih besar di Malaysia.
Kajian akademik, laporan kesihatan awam dan analisis data menunjukkan bahawa PRN Sabah bertindak sebagai “catalyst event” iaitu acara besar yang mencetus peningkatan kes.
Penularan bukan hanya di Sabah tetapi turut merebak ke Semenanjung melalui mereka yang pulang selepas pilihan raya.
Pemimpin negara pada waktu itu mengakui PRN adalah antara punca peningkatan kes nasional dengan kata lain, risiko terhadap nyawa bukan sekadar andaian tetapi ia terbukti dalam data.
Sejarah PRN Sabah 2020 menjadi pengajaran pahit kepada seluruh negara bahawa kuasa yang dikejar dalam waktu krisis boleh membawa implikasi yang jauh lebih mahal daripada sekadar kemenangan politik.
Sehingga ke hari ini Shafie Apdal tidak menunjukkan tanda-tanda minta maaf kepada keluarga yang meninggal dunia, keluarga yang terkesan dengan virus tersebut dan kepada semua yang terlibat termasuk petugas.
Satu keputusan yang menyusahkan dan menyukarkan rakyat.

Comments
Post a Comment