
sedang tular di media sosial
PAS dan penyokongnya sering menyindir Sabah kononnya mundur,
sedangkan hakikatnya negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS jauh lebih ke
belakang dari segi ekonomi, pembangunan dan daya saing.
Pertama, PAS tak pernah memerintah Sabah pun, jadi jika
benarkan PAS memerintah Sabah maka nasib rakyat Sabah lebih teruk dari rakyat
SG4 (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis).
Realitinya, Sabah kekal sebagai negeri ke-enam tertinggi
sumbangan kepada ekonomi nasional, dengan KDNK sekitar 5.1% daripada
keseluruhan ekonomi Malaysia dua kali ganda lebih besar daripada
keseluruhan gabungan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis.
Sementara itu, negeri-negeri SG4 masih berstatus ekonomi
kecil (low base economy) yang terlalu bergantung kepada sektor awam dan
pertanian tradisional berproduktiviti rendah. Sabah pula mempunyai ekonomi
pelbagai sektor iaitu perlombongan, pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan
dan menjadikan strukturnya jauh lebih seimbang dan berdaya tahan.
Jangan jadikan Sabah bahan taruhan
- Terengganu
bergantung pada “duit ehsan petroleum”, bukannya ekonomi sebenar.
- Kelantan
kekal antara negeri termiskin walaupun hampir 40 tahun di bawah PAS.
- Kedah
gagal menunjukkan peningkatan ketara selepas BN, malah pelaburan asing
menurun.
- Perlis
pula semakin teruk prestasi ekonominya sehingga MB PAS mencadangkan caj
RM2 kepada pelancong Thailand hanya untuk menambah hasil negeri.
SG4 memang mencatat sedikit peningkatan, tetapi itu bukan hasil kecekapan pentadbiran PAS sebaliknya kesan pemulihan ekonomi nasional pasca pandemik.
Hakikatnya, Sabah menyumbang lebih banyak, mempunyai asas
ekonomi lebih luas, dan kekal strategik dengan pelabuhan antarabangsa serta
industri eksport minyak.
Kepada penganut PAS, bila sebut ekonomi, jangan banding
Sabah dengan Kelantan. Satu negeri eksport minyak dan pelabuhan antarabangsa,
satu lagi eksport budu dan ulam.
Sabah masih menanggung cabaran pembangunan tetapi asas
ekonominya kukuh dan pelbagai. Negeri-negeri di bawah PAS pula selepas berdekad
memerintah masih terperangkap dalam kitaran kemiskinan, bergantung pada hasil
semula jadi dan bantuan kerajaan pusat.
Mundur bukan kerana tiada kuasa tapi mundur kerana tiada
visi.
Comments
Post a Comment