Seperti jalan di atas bulan - Fredie

Freddie (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama penduduk Kampung Kundasang Lama di Kundasang, Sabah, baru-baru ini. - Gambar Facebook Japirin Sahadi FC

Jalan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang berada dalam keadaan teruk dan berlubang-lubang akibat tidak diselenggara dengan baik.

Keadaan tersebut telah mendorong Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Fredie Sua menyamakan jalan-jalan raya di daerah itu seperti jalan di atas bulan.

“Jalan raya tadi saya jalan berlubang, belum pernah berjalan di bulan tetapi di Kundasang (saya) berjalan di bulan.

“Kalau mahu pergi jalan bulan pergi di Kundasang, inilah keadaan dia, tak perlu saya sentuh sebab kamu yang merasai setiap hari,” katanya ketika turun ke markas Barisan Nasional (BN) di Kampung Kundasang Lama, Kundasang, Sabah, baru-baru ini.





Beliau berkata, Kundasang perlu di naik taraf, menjadi daerah penuh berbanding dengan keadaan sekarang.

Fredie turut melahirkan rasa hairannya kerana wakil rakyat DUN tersebut, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dipilih sebagai pemimpim selama lebih 20 tahun.

“Inilah yang saya sebut tadi, menghairankan lebih daripada 20 tahun, Kundasang ini tak kasi dinaik taraf sedangkan dia menteri dan bertanggungjawab terhadap pembangunan di setiap daerah,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam menguruskan kerajaan tempatan, Joachim sepatutnya lebih bijak menjadi peneraju Kundasang, tetapi, ia berlaku sebaliknya.

Justeru, tegasnya, penduduk wajar berfikir semasak-masaknya sama ada mahu memberi lebih 20 tahun lagi kepada wakil rakyat tersebut untuk menguruskan Kundasang.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.