Oleh: Albab, Prof Angkasa
“FEDERALISME KITA, POSTER DIA”
Menjawab Naratif MB Terengganu
Kenyataan dan poster terbaharu Menteri Besar Terengganu,
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri, berkenaan konsep cooperative federalism
dan fiscal equalization sekali lagi mengundang sinis yang pedas tetapi
realistik.
Bahasa yang digunakan tampak seperti petikan kertas kerja
seminar antarabangsa, namun kandungan yang dibawakan seolah-olah mengaburi
kelemahan pentadbiran dengan jargon.
Dalam hiruk-pikuk istilah tinggi itu, soalan asas tetap
menghantui rakyat:
Federalisme mana yang “rosak”, negeri mana yang kekurangan
kuasa dan projek negeri mana yang sebenarnya masih gagal disempurnakan?
Artikel ini membedah naratif MB secara tersusun,
profesional, dan tepat di sasarannya.
1. Menyalahkan Federalisme Untuk Projek Negeri Yang Gagal
Rakyat Terengganu tidak lupa deretan projek yang tidak
menampakkan hasil:
- Rumah
mampu milik yang tergendala,
- Projek
pertanian yang gagal lebih banyak daripada yang berjaya,
- Projek
pelancongan yang hilang arah,
- Skim
i-Perantau yang dijanjikan YB Air Oren, akhirnya dirasai sebagai
“i-kencing rakyat”,
- Pemecah
ombak Batu Rakit yang runtuh dua kali walaupun projek rundingan terus.
Semua ini berlaku di bawah kuasa negeri dan bukan kuasa
Persekutuan. Maka rakyat pun bertanya, “Federalisme jugakkah yang buat longkang
tak sama level?”
2. “Pusat Tak Bagi Kuasa” tetapi Siapa Paling Sibuk Rasmikan
Projek Pusat?
MB menyindir kerajaan Pusat kononnya tidak memberi ruang
kepada negeri untuk menjayakan program yang menyumbang kepada ekonomi. Namun
setiap kali projek Persekutuan siap, siapa yang:
- Cepat-cepat
naik pentas,
- Pegang
gunting,
- Buka
reben,
- Ambil
kredit penuh,
- Dan
terus buat konten media sosial?
Sampai rakyat tertanya, “Kuasa apa lagi? Agenda rasmikan
projek Pusat pun sudah penuh seminggu.”
3. Retorik ‘Salah Pusat’ adalah bahan politik, Nostalgia
Pentadbiran Lama Yang Tidak Pernah Hilang
Jika wujud sebuah museum politik, gaya pentadbiran
seperti ini pasti menjadi bahan pameran utama kerana ianya klasik, lama dan
tidak pernah diperbaharui.
4. Fiscal Equalization: Teori Cantik, Realiti Hambar
Konsep ini baik di atas kertas kerana akan membantu negeri
kurang sumber untuk berkembang. Tetapi apabila dibawa MB dalam poster-poster
rasmi, nadanya seperti negeri yang kaya sumber masih mahukan lebih dana, lebih
ruang kuasa dan lebih kebebasan walaupun projek asas negeri sendiri masih
banyak yang sakit.
Rakyat pun berbisik, “Equalization untuk siapa? Untuk rakyat
atau untuk poster?”
5. “Jika Berlaku Perubahan Nasional…” Federalisme Atau
Strategi Politik?
MB menegaskan bahawa perubahan struktur federalisme hanya
akan benar-benar berfungsi “jika berlaku perubahan di peringkat nasional.”
Ini menggambarkan dua kemungkinan:
- Teori
federalisme hanya “aktif” jika kerajaan pusat bertukar tangan, atau
- Federalisme
hanya dijadikan alat pemasaran politik, bukan dasar serius.
Poster Cantik Bukan Bukti Pentadbiran Mantap
Poster MB ini kelihatan seperti promosi seminar ekonomi:
penuh jargon, penuh konsep, dan penuh “visi” tetapi rakyat terus menunggu
jawapan terhadap persoalan nyata:
- Bila
rumah mampu milik siap?
- Bila
projek sakit disembuhkan?
- Berapa
kali pemecah ombak perlu runtuh sebelum dibina betul?
- Bila
longkang menjadi level?
- Bila
negeri fokus bekerja, bukan berposter?
Jika mahu menjadikan federalisme sebagai identiti Malaysia,
pastikan dahulu pentadbiran negeri sendiri tidak menjadi identiti baharu, “Terengganu
Darul Projek Terbengkalai.”
Sebelum kerajaan negeri meminta Persekutuan merombak
struktur negara, lebih elok diselesaikan dahulu:
- Struktur
tender negeri,
- Struktur
projek,
- Struktur
integriti pentadbiran.
Kerana pada akhirnya, rakyat tidak mencari istilah gaya
konferens.
Rakyat mahu negeri yang berjalan, bukan poster yang
berjalan.
Nak promo diri sendiri sebagai calon PM11 bukan begini caranya.

Comments
Post a Comment