Kenyataan tegas Bung Moktar Radin ketika majlis mengumumkan calon Barisan Nasioanal tempohari wajar direnungi bahawa slogan “Sabah for Sabahan” tidak membawa makna jika rakyat Sabah sendiri gagal Bersatu.
Ini adalah satu tamparan paling tepat kepada landskap politik negeri itu. Hari ini, jumlah parti tempatan Sabah bukan sekadar banyak tetapi melampau banyak, lebih 30 parti yang wujud hanya untuk berpecah sesama sendiri dan bukan untuk memajukan negeri.
Ironinya, dalam sibuk melaungkan perjuangan kononnya “anti parti Semenanjung”, pemimpin-pemimpin yang memegang tampuk kuasa Sabah selama puluhan tahun semuanya lahir, dibesarkan dan dibentuk oleh UMNO serta komponen Barisan Nasional.
Bayangkan daripada Ketua Menteri hingga ke menteri persekutuan yang berasal dari Sabah majoriti mereka adalah produk acuan UMNO-BN.
Fenomena lebih 30 parti lokal Sabah bukan tanda kekuatan demokrasi, tetapi tanda ketamakan kuasa, parti pecah, kemudian tubuh parti baharu, Bekas pemimpin tubuh parti serpihan, ‘anak murid’ tubuh parti seteru dan yang kalah tubuh parti baru untuk “cuba nasib”.
Akhirnya, semua mengaku memperjuangkan Sabah tetapi gagal untuk duduk semeja. Slogan “Sabah For Sabahan” hanya kedengaran megah, namun hakikatnya, Sabahan sendiri tidak mahu bersatu untuk Sabah.
Naratif bahawa UMNO-BN “parti Malaya” adalah retorik usang yang diulang oleh parti-parti kecil untuk menutup kelemahan sendiri. Hakikat sejarah menunjukkan ebangkitan Sabah dalam politik nasional datang melalui UMNO, ramai pemimpin Sabah mendapat platform federal kerana UMNO-BN malah infrastruktur, pendidikan, keselamatan semuanya dipacu oleh dasar nasional.
Jika UMNO kononnya parti asing, kenapa hampir semua pemimpin Sabah besar dalam UMNO?
Jawapannya mudah: Kerana UMNO-BN menyediakan struktur dan kestabilan yang parti lokal Sabah gagal wujudkan hingga hari ini.
Maka realiti yang Bung Moktar cuba ingatkan adalah Bung tidak bercakap soal kepentingan parti tetapi kepentingan negeri. Beliau juga mengingatkan satu perkara yang ramai enggan akui bahawa Sabah tidak akan kuat selagi Sabahan terus berlawan Sabahan.
Tidak kira berapa banyak parti lokal ditubuhkan, ia hanya menguntungkan satu pihak dan pemecahan undi yang melemahkan suara Sabah sendiri.

Comments
Post a Comment